
Pada 15 Disember1949, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semual pada 2Mac 1996 di Sibu.Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung.
Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.
1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.
2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita – Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.
3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.
4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.
5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.
(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.
Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)
6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.
7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.
8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.
Salam sembah dari anakanda.
Rosli Dhoby
1 Mac, 1950.
Kisah Rosli Dhoby ini aku baca di blog saudara Muzzafar Salleh.Terima kasih Muzzafar kerana berkongsi kisah salah seorang pejuang tanah air yang sememangnya patut dibanggakan.Baru aku sedar , betapa aku tidak mengambil cakna dengan sejarah pejuang-pejuang Malaysia yang terkorban demi Tanah Melayu.Dalam usia belasan tahun mampu memberi sumbangan terlalu besar pada tanah air.
Aku dapat rasakan masih ramai anak Malaysia seperti aku yang tidak mengenali pejuang-pejuang Malaysia.Salah siapakah ? Salah Kerajaan ! Salah Kita ! Salah Ibu-Bapa ! Salah Siapa ? Jangan cari salah siapa , yang penting sikap memperbetulkan apa yang salah.
p/s : Kisah Rosli Dhoby boleh anda baca di blog Muzzafar Salleh.

Tanks bro…pasal kisah kisah pejuang nie ramai generasi sekarang tak amik port…lebih sukakan hiburan…bayangkanlah plkn pun dulu ramai budak2 malas nak masuk…So satu word je “BERGERAK” Bergeraklah generasiku..hehehe…
sama-sama bro
saudara boleh juga membaca kisah ini diblog penulis skrip dokumentari ini, saudara Syirfan.
Beliau telah bertungkus lumus mengembalikan sejarah ini bersama-sama pelakon yang lain.
Sebagai anak Sarawak, aku berbangga dengan kegigihannya membuka mata generasi baru.
Tahniah kerna abang masih perihatin dgn perjuangan pejuang2 terdahulu.Demi mecapai kemerdekaan Malaysia, para pejuang kita sanggup menggadai nyawa..Adakah pengorbanan ini masih di ingati oleh generasi zaman sekarang????
em..ramai pejuang tanah air kita yang hebat-hebat. Tapi sekarang, siapakah pejuang tanah air?
aku pun salah seorang yang buta sejarah…salah siapa ? salah aku sendiri..