Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini

Posted on June 13, 2024June 13, 2024 by Sabri Ahmad

KUALA LUMPUR: Syarikat perdagangan logam berharga Public Gold Group menyasarkan untuk mencapai perolehan sebanyak RM5 bilion tahun ini, sebahagiannya disumbangkan oleh segmen ConsuMerchant.

Pengerusi Eksekutifnya Datuk Louis Ng berkata ConsuMerchant – kombinasi antara pengguna dan peniaga – merupakan model perniagaan perkongsian untung yang menyaksikan Public Gold dan penggunanya bersama-sama terlibat dalam aktiviti jual beli.

“Dalam (model) perniagaan konvensional, apabila pengguna membayar untuk membeli barangan, mereka hanya akan menerima barang (yang mereka bayar). Bagaimanapun, menerusi konsep ConsuMerchant, apabila pengguna membayar untuk membeli barangan mereka, mereka juga akan menjadi perujuk kepada pelanggan lain. Oleh itu, kami sedang membina empayar perniagaan.

“Seseorang pelanggan juga akan menjadi ahli perniagaan,” katanya selepas pelancaran buku ‘ConsumerChant Book Volume Two: Kisah-Kisah Kejayaan’ di sini hari ini.

Menurut Ng, syarikat itu meraih jualan kukuh dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berikutan emas berada dalam pasaran yang baik dan berharap dapat mengekalkan prestasinya pada separuh kedua 2024.

Beliau berkata, dalam perkembangan lain, syarikat itu akan menumpukan untuk mengembangkan perniagaannya di Indonesia memandangkan potensi pasaran negara itu yang menggalakkan.

“Pada masa ini, kami mempunyai lima cawangan di Indonesia. Setiap bulan, kami menganjurkan 20 hingga 30 seminar di Indonesia. Kami sedang berkembang di negara berkenaan,” katanya.

Sejak ditubuhkan pada 2008, Public Gold mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Sebanyak lima cawangan dibuka di Indonesia iaitu di Jakarta, Bandung, Yogyakarta, Banjarbaru dan Surabaya.

– Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2025 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp