Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

ATM Emas Public Gold

Posted on October 1, 2024October 1, 2024 by Sabri Ahmad

Georgetown: Syarikat logam berharga, Public Gold Group merancang untuk menyediakan 200 Mesin Teler Automatik (ATM) emas menjelang akhir 2025 bagi memudahkan orang ramai mendapatkan emas.

Pengurus Bahagian ATM Emas Public Gold, Denise Tang berkata, ketika ini, terdapat 100 mesin ATM emas atau dikenali sebagai Public Gold ATM di seluruh negara, justeru, rancangan itu sejajar dengan peningkatan permintaan produk emas fizikal, sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau berkata, pihaknya juga merancang untuk menyediakan 50 ATM emas di Indonesia menjelang tahun hadapan dengan menawarkan pelbagai reka bentuk popular tempatan.

Perolehan daripada jualan jongkong emas di 100 ATM emas itu mencecah sekitar RM10 juta sejak Januari hingga sekarang, katanya kepada Bernama dalam temu bual di Wisma Public Gold, Bayan Lepas di sini, baru-baru ini.

“Ketika ini 100 ATM emas ditempatkan di lokasi strategik tumpuan orang ramai seperti pusat beli-belah dan lapangan terbang. Kami mendapat permintaan yang baik daripada pelanggan yang mahu membeli emas menerusi ATM.

“Orang ramai boleh membeli emas pada bila-bila masa kerana ATM itu beroperasi 24 jam sehari dan ia juga dilengkapi dengan sistem keselamatan terbaik serta tinggi, jadi pengguna tidak perlu bimbang mengenainya,” katanya.

Public Gold ATM menawarkan jongkong emas berketulenan 999.9 dengan berat emas antara 0.25 gram sehingga lima gram dan kemudahan itu diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai ATM pertama yang mengeluarkan produk emas fizikal di negara ini.

Denise berkata, ATM emas kini disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Public Gold merancang untuk menempatkan ATM emas di semua lapangan terbang di seluruh negara, katanya.

“Jongkong emas yang ditawarkan di ATM emas itu adalah mengikut harga pasaran serta denominasi iaitu daripada RM130 hingga RM2,000 dan pengguna juga boleh menjual semula di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, permintaan bagi jongkong emas juga semakin meningkat kerana harga jualan lebih baik berbanding barang kemas yang harganya akan menurun sekitar 20 hingga 30 peratus, jika dijual semula.

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2024/10/1139530/kini-atm-jual-emas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2025 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp