Masalah Kewangan Pekerja Muda

Pada 23hb November 2012 yang baru lepas, satu artikel bertajuk “Credit Card Debt Churning Out Bankrupt Graduates” telah dipaparkan di dalam suratkhabar The Star.

Di dalam artikel tersebut, seorang wartawan telah berkongsi tentang masalah kewangan yang dihadapi oleh graduan-graduan yang baru saja menamatkan pengajian universiti dan telah memasuki alam pekerjaan.

Berdasarkan statistik, terdapat peningkatan sebanyak 40% golongan pekerja muda yang diisytiharkan bankrap pada setiap 5 tahun. Jumlah ini dijangka akan meningkat menjadi 120,000 pada tahun 2020!

Artikel ini menyatakan bahawa graduan muda kini hilang kawalan dari segi pengurusan kewangan mereka dan penggunaan kad kredit yang berlebihan telah menyebabkan mereka dibelenggu hutang menggunung yang tidak mampu mereka jelaskan sehingga akhirnya diisytiharkan sebagai bankrap.

Keadaan ini membimbangkan kerana ia akan menjejaskan masa depan graduan dan pekerja muda ini jika mereka menghadapi masalah kewangan semenjak dari awal pekerjaan mereka.   Continue reading

Masalah Utama Bisnes Internet untuk Pekerja Sepenuh Masa

3 Masalah Utama Bisnes Internet untuk Pekerja Sepenuh Masa

Berdasarkan statistik, sebahagian besar daripada mereka yang memasuki dunia bisnes internet adalah terdiri daripada mereka yang masih lagi berkerja sepenuh masa sama ada di sektor kerajaan atau sektor swasta atau terdiri daripada golongan pelajar yang akan memasuki alam pekerjaan tidak lama lagi.

Sebahagian besar daripada mereka memasuki dunia bisnes internet kerana terpanggil dengan peluang penjanaan wang mudah melalui internet yang diwar-warkan oleh media massa dan pakar-pakar Bisnes Internet di dalam dan luar negara.

Mereka telah mula menjejak kaki ke dalam dunia bisnes internet dengan impian yang menggunung tetapi setelah menghabiskan masa beberapa bulan sehingga setahun di dalam dunia baru ini, impian mereka terus berkecai dan akhirnya kecewa kerana langsung tidak mampu menjana wang melalui internet walaupun untuk RM1 mereka yang pertama! Continue reading

Selamat Hari Malaysia ke 49

16 September disambut setiap tahun bagi meraihkan Hari Malaysia.Tarikh tersebut merupakan hari pembentukan Persekutuan Malaysia yang menggabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.

Saya Sabri Bin Ahmad ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia yang ke 49 kepada semua warganegara Malaysia. Hargailah keamanan yang kita kecapi pada hari ini dan bersyukurlah dengan nikmat kurniaan Allah s.w.t. Tanamkanlah semangat patriotik dalam diri supaya keamanan ini dapat terus dikecapi oleh generasi akan datang. Insya-Allah.

Konvensyen Pakar Bisnes Internet Malaysia

Tahniah kepada mereka mempunyai kelebihan menggunakan internet.Tapi alangkah ruginya , menghabiskan ratusan ringgit melayari internet tetapi hasilnya ZERO . Zero yang saya maksudkan adalah dari segi kos internet dan masa anda.Orang lain layari internet secara percuma dan dapat duit TAPI anda ?

Buat duit di internet cukup mudah , jika anda mengikuti jalan yang benar.Tidak mustahil anda juga boleh bergelar seorang Jutawan Internet pada suatu hari nanti.Apa yang penting sekarang adalah mula dari Continue reading

WangCyber Gathering 2012 – 100% Meet & Greet

“100% Meet & Greet!” – Itulah tema WC Gathering bagi tahun ini.Majlis perjumpaan yang hanya diadakan setahun sekali ini, kini kembali. Dengan tema “100% Meet & Greet”, perjumpaan kali ini, akan membuka peluang yang seluas-luasnya kepada semua Usahawan & Bakal Usahawan Internet di Malaysia untuk berjumpa, berbual serta berkongsi ilmu & pengalaman sesama sendiri.

Pada perjumpaan kali ini, seramai 500 orang usahawan & bakal usahawan internet dijangkakan hadir. Tidak ketinggalan, usahawan internet yang “berpengalaman” juga akan turut hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis perjumpaan ini. Continue reading

Nik Aziz: Memijak gambar pemimpin negara memalu dan mendukacitakan

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan Ambang Merdeka di Kuala Lumpur, Khamis lalu sebagai amat memalukan dan mendukacitakan.

Nik Abdul Aziz berkata, perbuatan itu tidak melambangkan sikap orang Melayu dan Islam yang diajar agar tidak melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menyebabkan mereka marah jika orang lain melakukan perkara sama terhadap mereka.

“Perbuatan (pijak gambar) ini bukan kerja orang Melayu, bukan kerja orang Islam tetapi benda lain. Ini sangat mendukacitakan dan memalukan. Lainlah kalau perbuatan ini dilakukan orang bukan Islam tetapi gambar yang saya tengok seperti orang Melayu,” katanya. Continue reading

Pijak Gambar Perdana Menteri & Isu Jalur Gemilang

Pijak Gambar Perdana Menteri & Tukar Jalur Gemilang amat tidak wajar dilakukan oleh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi mereka yang beragama Islam.Islam tidak pernah mengajar umatnya melakukan sebegitu rupa.Ayuh sahabatku sekalian , tunjukkan kehebatan Islam melalui kelembutan bukan melalui kekerasan.

Secara peribadi saya sedikit pun tidak bersetuju dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang melakukan adegan “pijak gambar pm” dan isu bendera Malaysia ( jalur gemilang ) . Continue reading

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Lagi 1 hari orang Islam akan menyambut 1 Syawal ( hari raya Aidilfitri ) . Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin pada semua pemgunjung lebih-lebih lagi yang mengenali saya secara zahir.

image

InsyaAllah selepas ini blog ini akan sentiasa dikemaskini.Doa kan saya diberi kekuatan untuk saya terus berkarya di arena online.

eBook Rahsia Usahawan Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat semua .

Sudah agak lama saya tidak update sebarang berita di blog peribadi insan bernama Sabri Bin Ahmad :) . Hari ini saya berpeluang update blog ini dengan satu berita gembira buat diri saya dan sahabat semua…..

Alhamdulillah dengan kuasa yang ada pada DIA , tercipta satu sejarah dalam hidup saya iaitu menghasilkan satu ebook. Sebelum ini memang saya bercita-cita menghasilkan satu ebook tapi kekangan masa dan kelemahan dalam susun kata bahasa.Namun semuanya dapat diatasi dengan sokongan saudara Aqif Azizan . Continue reading

Skim Gaji SBPA Kakitangan Kerajaan Dimansuh

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

“Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan,” katanya pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Berhubung pelarasan gaji pula, ia dibuat berdasarkan jadual gaji matriks SSM mengikut peratusan gred yang ditetapkan
seperti berikut:

Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.

Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.

Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.

Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.

Najib mengakui sepanjang tempoh tiga bulan SBPA diperkenalkan, kerajaan menerima hampir 1,000 aduan dan memorandum, termasuk cadangan daripada 23 persatuan berkaitan.

“Saya harap semua pihak reda dan tak ada lagi yang tak puas hati di semua peringkat. Saya doakan ini jadi penyelesaian terbaik,” katanya.

Kerajaan juga bersetuju elaun bantuan sara hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan daripada RM150 kepada RM250 sebulan.

Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100. Continue reading

Selamat Menyambut Maulidur Rasul-12 Rabiulawwal 1433

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.Dikesempatan ini saya ingin mengucap Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433.Rasul adalah pemimpin umat Islam yang tiada tolok tandingnya. Marilah kita berpegang kepada Sunnah & ajarannya.

‘Rasulullah adalah manusia, tetapi bukan seperti manusia’

MUHAMMAD SAW adalah seorang insan terpilih daripada kalangan Bani Hashim untuk menyampaikan risalah rabbaniah kepada umat manusia. Dilahirkan daripada sulbi Abdullah dan Aminah di kota suci Makkah ketika perhambaan kepada manusia semakin memuncak.

Tiada nas sahih dan nyata bagi ulama dan hadis bahawa Baginda SAW adalah makhluk yang mula-mula dicipta di muka bumi ini. Ada pendapat yang menyatakan ciptaan terawal adalah qalam. Ada yang menyatakan ciptaan terawal adalah akal.
Namun, daripada riwayat kelahiran Baginda SAW menyebut bahawa Allah SWT menciptakan secebis daripada nur-Nya dan berkata: ‘Jadikanlah kamu sebagai Muhammad’, dan itulah ciptaan terawal yang mana kerana Baginda, Allah mencipta langit dan bumi sehingga ada yang berselawat ‘Selawat dan salam buatmu (Muhammad SAW) wahai orang yang mula-mula diciptakan’. Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...