Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Telur Busuk Untuk Kedutaan Malaysia

Posted on September 3, 2009 by Sabri Ahmad

JAKARTA: Selepas serangan penggodam besar-besaran ke atas lebih 120 laman web Malaysia, berpuluh pelajar menyerbu Kedutaan Malaysia di sini semalam dan melemparnya dengan telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia.

Perhimpunan di luar kedutaan di Jalan Rasuna Said, Jakarta Selatan dikawal ketat polis, namun tiada penunjuk perasaan dihalang atau ditahan.

Bagaimanapun, polis campur tangan apabila seorang pelajar cuba memanjat pagar kedutaan untuk memasang bendera Indonesia.

Polis dan pelajar terbabit dalam adegan tarik menarik cuba untuk mendapatkan bendera itu, namun polis akhirnya berlembut dan pelajar berjaya memasang bendera di pagar kedutaan.

Seorang penunjuk perasaan memberitahu Metro TV bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.

Hubungan panas sedia ada antara negara jiran itu mencapai ketegangan baru minggu lalu selepas dakwaan bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.

Dakwaan bahawa tarian Bali digunakan untuk mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia walaupun sudah dijelaskan tidak membabitkan agensi kerajaan Malaysia, sebaliknya pihak ketiga masih menjadi modal untuk memarahi Malaysia. – Agensi

Mengapa situasi ini berlaku ? Adakah salah Malaysia ? Adakah salah Indonesia ? Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku . Aku tidak menyalahkan Indonesia ! Malah sama sekali tidak menyalahkan Malaysia . Sepatutnya perkara seperti ini dibawa berbincang dan apa salahnya kita sama-sama cari persamaan untuk diketengahkan demi kepentingan bersama.Janganlah kita asyik mencari perbezaan kerana perbezaan membawa kehancuran , kelak kita sendiri yang kerugian.Kalau betul itu Hak Indonesia ? Malaysia sepatutnya tidak menafikannya ! Kalau betul itu Hak Malaysia ? Indonesia sepatutnya tidak menafikannya.

nota tangan : Blog aku sendiri banyak menerima komen berbentuk maki hamun dari pengunjung Indonesia.Namun aku tidak kecewa kerana mereka juga insan biasa yang ingin meluahkan isi hati mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

8 thoughts on “Telur Busuk Untuk Kedutaan Malaysia”

  1. faisalhanim says:
    September 4, 2009 at 9:51 am

    Ini sumer salah media diorang ler…buat cerita tanpa usul periksa….bila dah silap terus senyap…tak tarik balik kenyataan…pada hal sumer org dah tau puncanya dari iklan program yg di buat oleh Discovery Channel…sekarang siapa yang susah?

  2. biE says:
    September 7, 2009 at 2:49 am

    Mungkin kurangnya kejelasan dari mereka pribadi yang membuat kemarahan itu. Kurangnya kejelasan berita dari pihak media pun bisa menjadi salah satu perkara yang membuat emosi mereka memuncak. Namun saya maklum, karna media juga berusahan menampilkan berita yang lebih menjual untuk stasiun TVnya.
    Saya pribadi sebagai orang indonesia, tidak ada salahnya untuk memintakan maaf kepada anda sang pemilik blog untuk kata2 kasar sebagian orang indonesia yang kurang tahu menahu tentang yang sebenarnya terjadi. baik di blog ini, kedutaan malaysia maupun blog2 lain.
    Tak ada salahnya anda berkunjung ke sini Konfirmasi dari Admin Traveljournals Mengenai Pulau Jemur , hanya untuk mengetahui tidak semua orang indonesia berprilaku dan bersikap sama.
    Semoga menjadi awal yang baik lagi bagi hubungan bloger Indonesia-malaysia.

    Regard

    Free Icons Download
    Free Blogger Templates Gallery

  3. faisalhanim says:
    September 8, 2009 at 12:28 pm

    stuju dengan bie…kitakan serumpun…

  4. naim says:
    September 9, 2009 at 3:57 pm

    Amat sedih melihat kes Malaysia-Indonesia ini berlarutan.Kita perlu sedar kedua negara majoriti Islam ini perlu rasional menangani maslah mendatang.Demo yg keterlaluan oleh sebahagian warga Indonesia amat tidak matang tanpa mendapat kesahihan berita .Media Malaysia lebih bijak dalam menangani berita ini dan tidak mengapi2kan lg warga malaysia untuk bertindak balas.malah menyeru rakyat lebih rasional.Warga Indonesia di Malaysia juga lebih aman malahan dibulan puasa ini mereka dapat menunaikan puasa dengan selesa sekali.Banyak lagi perkara yang boleh dibuat di Indonesia dari berdemo.Bantulah warga susah yang ramai disana dalam bulan ramadan ini.Sikap sesetengah warga Indonesia yang terlalu extrem bukan dapat menyelesaikan masalah malah menakutkan warga malaysia untuk melawat Indonesia.Dapatlah penjelasan yang jitu terlebih dahulu dan jangan menghukum sesuatu yg belum jelas.Fikirlah untuk berdemo secara aman jika mahu.Lihatlah bertapa ramai warga muslim yang menderita didunia ini dan janganlah ditambah persengketaan ini menjadi sesuatu yang lebih menakutkan lagi.Peace No War

  5. rizky love INA says:
    December 6, 2009 at 5:44 am

    kalau ditelusur demi telusur, adalah sebenarnya nilai positif org Indonesia
    yg sangat menghargai peninggalan nenek moyangnya, dan sangat mmenghargai
    harga diri bangsanya.
    untuk itu diharapkan dari masyarakat MY untuk mengerti hal itu.

    biarlah yang lalu sebagai pelajaran bagi kita semua…
    mari ciptakan perdamaian di antara 2bangsa nan serumpun ini..

    give smile 4 MY
    🙂

    INA & MY
    (^,^)/\(^,^)

  6. k.balamurugan says:
    December 8, 2009 at 6:11 pm

    tindakan ini akan merosakkan imej negara sendiri dan tradisi warga negara Indonesian. Media menyalahgunakan emosi emosi masyarakat. Ia haruslah diatasi dan dielakkan sama sekali dengan tegas.

  7. jamaludin says:
    October 13, 2011 at 10:27 pm

    saya Sarawak tinggal di daerah sempadan dengan kalimantan indonesia..lebih kurang 40 minit naik moto.Saya sejak beberapa tahun lalu,saya sering mengikuti perkembangan isu Malaysia-Indonesia terutama melalui tv satelit.Pada pandangan saya laporan media-media di Indonesia tentang sesuatu isu dengan Malaysia sering berat sebelah malah ada yang berbau hasutan.Tujuannya adalah untuk mendapat sesuatu keuntungan perniagaan( suratkhabar dan tv) atau bermotifkan politik.

  8. jamaludin says:
    October 13, 2011 at 10:34 pm

    Di kalangan rakyat Indon pula mereka seolah-olah sengaja menunggu peluang untuk menganyang Malaysia..pantang dihasut sedikit.Melihat apa yang berlaku sekarang ini terutama apabila Jalur Gemilang dibakar,Kedutaan kita dilempari najis dan telur busuk..saya rasa sudah tiba masanya kita berhenti bagi orang indon merasa nikmat subsidi kerajaan Malaysia yang indon dapat sejak puluhan tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp