Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Sudah Selesai Satu Dugaan

Posted on September 11, 2008September 11, 2008 by Sabri Ahmad

Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya , Malaysia terus aman dan makmur.Sejak akhir-akhir ini , banyak isu-isu yang menggugat kestabilan negara.Bila difikir secara positif , semua dugaan dan masalah yang mendatang adalah satu ujian bagi mematangkan sesebuah negara.Jika kuat semangat muafakat rakyatnya , teguhlah negara.Jika longgar semangat muafakat rakyat , hancurlah negara.

Saya begitu kagum dengan semangat perpaduan kaum di Malaysia , tidak ada negara seperti Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup dengan penuh aman damai.Walaupun isu perkauman yang melanda ,akhirnya dapat menyelesaikannya tanpa melakukan tindakan kurang bermoral.Tingginya budi bahasa rakyat Malaysia.”Saya Sayang Malaysia”.
[ad#adsense468x60]
Berbalik kepada title diatas “sudah selesai satu masalah”.Semalam Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO.Keputusan yang dibuat tidak menyebelahi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.Tindakan yang dikena keatas beliau digantung haknya sebagai ahli selama tiga tahun.Dengan pergantungan tersebut, segala jawatan yang dipegangnya di dalam UMNO gugur selain hilang kelayakan bertanding dalam apa-apa jawatan parti.

Setelah keputusan diumumkan Datuk Ahmad Ismail menerima dengan redha sebagai ketentuan Allah S.W.T.Beliau berjanji akan taat setia kepada UMNO dan akan kembali aktif selepas tamat hukuman.Syabas buat Datuk Ahmad Ismail kerana menerima dengan penuh adab.
[ad#advertlets]
MCA dan Gerakan menghormati serta menerima keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang menggantung hak sebagai ahli Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, ”Saya berpuas hati dengan keputusan ini dan berharap isu ini tidak akan dibangkitkan lagi oleh mana-mana pihak pada masa hadapan,” katanya.Dalam pada itu, beliau berharap perkara itu dijadikan pengajaran kepada setiap pemimpin parti di semua peringkat supaya mereka lebih peka kepada isu-isu sensitif di negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp