Sekarang negara dilanda bermacam-macam masalah seperti taufan ike yang sedang melanda Texas , Amerika Syarikat.Isu Tun Dr Mahathir ingin kembalik ke dalam UMNO , isu perkauman , isu peralihan kuasa , isu bentuk kerajaan baru yang ingin ditubuhkan oleh PKRĀ , isu ISA dan banyak lagi.Saya sendiri masih tertanya-tanya mengapa sejak akhir-akhir ini banyak sangat masalah yang timbul.Fikir-fikirlah sendiri.
[ad#advertlets]
Negara Malaysia majoriti penduduknya berbangsa Melayu.Tapi bangsa Melayu kah yang menguasai Malaysia.Pada pendapat saya , kurang tepat jika kita mengatakan Malaysia dikuasai bangsa Melayu.Kita tidak boleh menyalahkan bangsa lain jika mereka berjaya.Saya begitu kagum dengan kejayaan bangsa Cina lebih-lebih lagi dalam perniagaan.Mereka tetap berjaya walaupun kurang keistimewaan berbanding Melayu/Bumiputra.Saya bersependapat dengan penulis negarakumalaysia.blogspot.com.Musuh utama orang Melayu adalah SIKAP.
[ad#adsense468x60]
Pada pendapat saya, musuh utama orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Lebih tepat lagi, SIKAP! Jika kita cakap pasal masyarakat, maka sikap masyarakat dan jika kita cakap pasal individu, maka sikap individu itu sendiri yang jadi musuh utamanya. Jika orang Melayu mundur, gagal berpolitik, tak cerdik, miskin, berpecah dan sebagainya….. jangan salahkan orang lain, atau alam, atau Tuhan! Cuba fikirkan apa yang saya katakan di atas dari aspek hasad dengki dan konsep “Know Who vs. Know How” yang menjadi amalan masyarakat Melayu. Saya kongsi contoh berikut untuk menerangkan teori saya di atas:
Si A adalah seorang cikgu yang banyak pengalaman dan berkesan pengajarannya di sekolah. Ramai pelajar dapat A subjek yang diajarnya dan beliau rajin mengajar anak muridnya. Tiba-tiba, dua bulan sebelum peperiksaan UPSR diadakan, beliau ditukar ke sekolah lain dalam kawasan yang sama. Beliau tidak pernah buat permohonan. Anak murid yang bersemangat untuk menghadapi UPSR terkapai-kapai kehilangan cikgu tersayang. Bila ditanya, hasad dengki dan konsep “Know Who vs. Know How”” adalah sebab pertukaran!!!!
Saya tidak pasti dengan anda tapi contoh di atas bukan rekaan. saya bersimpati dengan si A . Saya harap beliau tabah. Jika inilah budaya pilihan orang Melayu, kita sama-sama tunggu saat kehancuran bangsa ini. Bunyinya keras? Perlu berlapik? Mungkin sebab banyak berlapiklah yang buat orang Melayu “tidur”!. Kehancuran boleh datang sikit-sikit atau sedebok, macam buah nangka busuk jatuh ke tanah!
