Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini.Sekarang aku berada di KL menghabiskan sisa-sisa tahun 2009.Wahhh sambut tahun baru KL tahun ini :).Kedatagangan aku ke KL tanpa dirancang kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan seberapa segera.So alang-alang sampai aku terus lanjutkan cuit untuk berbulan madu bersama anak dan isteri.Aku sampai KL semalam dan menetap di sebuah dot dot resort bersama isteri dan anak dan anak belum lahir di dunia ini lagi.
Empat tahun lepas aku memang kerja di KL.Sewaktu kerja di KL aku bujang , bila dah beristeri aku meninggalkan KL kerana aku tidak sesuai lagi untuk KL.So selepas hampir 2 tahun aku tidak menjejakkan kaki di KL memang banyak perubahan.Perubahan paling ketara dari segi jalan dan bangunan.Wahhhh tu baru 2 tahun tak datang KL , kalau 10 tahun tak datang macam mana rupa agaknya…Satu jer perangai KL yang tak berubah dari dulu hingga sekarang , masalah kesesakan jalan raya.Pada pandangan aku ler , memang usia orang yang tinggal kat KL ni membazir usia/masa di jalanan.
Bagi aku , sifat orang yang menetap di KL memang penyabar.Kalau bukan jenis penyabar memang tak boleh bawa kereta.Kalaulah anda seorang pemimpin , bagaimana cara anda untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan di KL ?

Salam,
KL memang tidak sesuai dengan jiwa saya.Kesibukan jalan rayanya memang menguji kesabaran.Lebih seronok tinggal di Kerteh,Trg.Lapang dan tidaklah sesak sangat. Buat masa ini,memang gemar menetap di tanah kelahiran sahaja.
Pasti jika menjadi seorang pemimpin perlu mempunyai tahap kesabaran yang kuat. Lebih2 lagi berhadapan dengan kekesakan kota yang bermacam ragam rakyatnya. 🙂