“Shortcut” pada pemahaman saya (tidak mengikus kamus) memberi makna jalan cepat untuk melakukan sesuatu tindakan.Kalau dalam komputer , kaedah “shortcut” banyak membantu pengguna mempercepatkan proses kerja.Sebagai contoh jika pengguna ingin membuka sesuatu program , pengguna tidak perlu klik pada start all program dan seterusnya.Apa yang perlu pengguna lakukan hanya klik pada icon yang terdapat pada desktop.
[ad#advertlets]
Kalau dilihat dari segi kehidupan seharian , “shortcut” bukan sekadar memberi kebaikan malah keburukan.Sebagai contoh paling senang , jika anda ingin balik kampung sempena hari raya Aidilfitri yang bakal tiba tentu anda akan mencari jalan “shortcut” untuk mempercepatkan masa perjalanan anda untuk sampai ke kampung.Banyak lagi contoh-contoh “shortcut” yang berguna untuk kehidupan seharian.
Apa yang saya ingin tekankan disini , keburukan “shortcut” jika dilakukan dalam ibadah.Ramai golongan orang islam sekarang memilih cara “shortcut” untuk melakukan ibadah.Pergi solat tarawih memilih masjid atau surau ( pilih yang paling sikit rakaat dan cepat ) , berdoa hanya sekali ( tapi mohon Allah S.W.T teruskan makbul doa ) , membaca Al-Quran terlalu gelojoh ( tidak mengikut tatatertib asalkan habis ) dan banyak lagi kalau diperhatikan disekeliling kita.Sepatut “shortcut” tidak boleh diamalkan dalam ibadat.
Marilah kita sama-sama memperbetulkan kesilapan , jangan jadikan islam itu satu adab tetapi satu ibadah.Berilah yang terbaik kepada DIA kerana dia adalah bos kita yang paling berkuasa.
