Teringat aku masa kecil dahulu kala.Sejak kecil lagi aku selalu di takut-takutkan dengan hantu ( pergilah ada hantu tu , nanti kena gigit).Sepatutnya tindakan takutkan kanak-kanak seperti itu tidak elok.Cuba cari altenatif lain bagi mendidik kanak-kanak.
Berbalik kepada topik kita pada hari ini.Hantu pun takut manusia.Apa yang anda faham dengan topik ini.Pelik bunyikan.Biasanya manusia takut hantu ( bagi yang tidak kuat iman).
Kalau dikampung dahulu , kita sering dengar cerita-cerita mengenai hantu.Kubur tu berhantu ler , pokok tu berhantu ler, pak mat jumpa dengan hantu,tonggeng punggung kalau nampak hantu , kena usik dengan hantu , kena tindih dengan hantu masa tidur dan sebagainya.
Tapi sekarang cerita-cerita hantu sudah hilang dari umpatan orang.Yang ada hanya cerita hantu dalam tv yang menjadi satu perniagaan yang menguntungkan seperti anak pontianak.
Mana pergi semua hantu dahulu kala erk.Inilah dikatakan hantu pun takut manusia.Salah satu penyebab hilangnya hantu kerana “bila jumpa hantu minta no ekor/4d/3d’ (hukum haram bagi orang islam).Hantu pun naik tension dengan manusia , tak der benda lain nak mintak.
Bodoh sungguh manusia yang minta no ekor dengan hantu.Kalau no ekor yang diberi hantu tepat takkan sampai sekarang hantu miskin.Baju hanya sehelai , rambut tak pernah potong , kuku tak pernah potong , tak pakai kasut/selipar , tiada kenderaan , tiada rumah.
p/s: Inilah artikel sedikit panjang yang pernah aku tulis.Bagi peminat no ekor , bertaubatlah sebelum terlambat.Api neraka akan membakar setiap daging yang terhasil dari duit haram.
