BAGAN DATOH: Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara. “Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah untuk melarikan enjin itu ke luar negara. “Mereka yang terbabit dalam kumpulan bawahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah pengkhianat kepada negara dan wajar dikenakan undang-undang yang tegas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rakan Alam Sekitar di sini, hari ini. Ahmad Zahid mengesahkan semua dokumen mengenai penjualan enjin itu telah diperoleh oleh polis. “Syarikat antarabangsa itu berminat membeli enjin itu kerana harganya yang murah, kerana ia adalah alat ganti yang dikategorikan sebagai rosak yang akan diperbaiki,” katanya. Beberapa akhbar tempatan hari ini, melaporkan polis menahan empat orang termasuk pegawai TUDM berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu. – Bernama

Assalamualaikum. Macam-macam hal la skrg ni..mahal tu RM50 juta..Macam mana pihak pertahanan tak dapat jaga ni..
entah ler bro…wajib kerja dalam punya….
Salam,
Macam2 ek. Boleh pula curi tu.Pasti ada yang tak kena ni. Bahaya betul boleh curi parts macam ni yang bukannya murah nilainya.
Masalahnya Nozi arini masuk pulak paper hilang satu lagi..apa hal tak tau la..
tak selesai lg ke kes nie…?
yg bersalah adalah datuk seri najib..
beliau menjadi menteri pertahanan ketika itu…
dan setelah beliau bekerjasama dgn pegawai TUDM utk menjualkannya, beliau tahu perkhidmatan tun abdullah akan tamat, dan beliau ingin memindahkan jwatan menteri pertahanan pd tun abdullah. penipuan yg sangat ketara… 1malaysia 1israel…rakyat perlu buka mata hati, bukan mata duit…kerajaan sekarang makin teruk berbanding semasa pemerintahan TUN ABDULLAH…
secara logik….ada ke askar berpangkat sarjan boleh buat tu semua…pasport pun tak ada agaknya…sahlah jadi kambing hitam jer…nak wat cam mana semua kerana orang besar ada duit..janji lepas..