KOTA BHARU 17 Mei – Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohammad berkata, satu kajian perlu dibuat berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur membenarkan seorang peguam bukan Islam mendapatkan semakan kehakiman bagi membolehkannya menjadi peguam syarie.
“Kajian atau penelitian perlu dibuat bagi mendapatkan penjelasan sebenar berhubung perkara itu berdasarkan perundangan dan Perlembagaan Negara,” katanya di sini hari ini.
Ini kerana Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan yang dikuatkuasakan sejak 1982 dan enakmen pentadbiran Mahkamah Syariah yang diguna pakai oleh semua negeri sekarang tidak membenarkan peguam bukan Islam mengendalikan kes-kes yang melibatkan undang-undang syariah.
“Isu membenarkan peguam bukan Islam mengendalikan kes-kes yang melibatkan mahkamah syariah, adalah sesuatu yang agak luar biasa,” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai seorang wanita yang bukan beragama Islam memperoleh kebenaran dari Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur Jumaat lepas dalam usaha awalnya menjadi seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan (WP).
Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam. – Bernama
Bagi saya , hanya orang yang berstatus Islam sahaja yang layak memegang jawatan sebagai Peguam Syarie.

Complicated juga ye! Inilah orang kita. Saya melihat perkembangan ini sebagai satu ujian daripada kumpulan yang beragenda tertentu. Sebenarnya, diri saya ni liberal juga dalam perkara Islam ni.
Pertama kali seorang bukan Islam yang mahu menyaman seorang Raja adalah
apa bila konflik atau kontroversi kepimpinan politik bermula di Perak. Karpal tetap Karpal. Walau bagaimana pun apabila dia nak saman Sultan Perak
kerana dikatakan menjadi dalang dalam kontroversi itu. Sedihnya lagi,
pemimpin Islam yang sebulu dengan beliau tidak pula menjauhkan diri dari
perbuatan Karpal.Inilah diantara garisan2 tertentu dimana Islam semakin dicemari oleh golongan yang bukan Islam. Seolah2 disini Karpal [gambaran orang bukan Islam] boleh sepak terajang dalam zona orang Islam.
Bagi sayalah, tiada zona kelabu di sini.Islam hanya boleh diuruskan oleh orang Islam saja.
Apabila bace artikel kt atas nie,
terpikir plak bile dlu mase skolah, kite ckap kt pengawas,
cakap x serupa bikin.
Bkn ape, pada pendapat saya, nk jadi peguam syarie nie,
peguam tue sendiri kena fasih dan mengamalkan hukum tersebut.
Untuk dia menilai atau menjadi pembela dalam hukum syarie, dier kena la hidup berpandukan hukum tersebut.
Cube bayangkan jika seseorang tue kite tau hidup dier x mengikut hukum Islam, tetiba jadi juri dalam perbicaraan mahkamah Islam.
Dapat terima ker?
Itu cume pendapat saya je, harap xde sape terase hati.
Artikal tu adalah satu wake up call kepada peguam2 syarie dan juga PGSM.
Mahkamah Syariah yg Mulia perlu di tinggikan martabatnya seiring dengan mahkamah sivil. Dengan itu peguam2 syarie itu sendiri kena meletakkan diri mereka pada kedudukan yang tinggi, berhemah, ada kualiti dan sebagainya.
Dalam mahkamah syariah itu sendiri jelas akan mengunakan ayat2 suci Alquran, sunnah2, bercakap benar, mengangkat sumpah, wakalah dll. Sebagai peguam syarie mereka perlu bersikap jujur, tegas, bertanggungjawab dll berdasarkan sebagai orang islam. Dalam konteks sebagai orang islam itu sendiri jelas sebagai orang islam kita berpegang pada janji dan lembu berpegang pada tali.
Saya ingin menengahkan atau mengadu bahawa saya pernah ditipu atau di nafikan satu akujanji yang dibuat antara peguam pihak2 dan disarankan oleh hakim. Atas nasihat peguam saya ikuti untuk membuat satu akujanji yang ditawarkan oleh seorang lain peguam syarie. Demi menghormati YA Hakim saya relakan hati mempersetujui akujanji2 yang dipersetujui kedua-dua belah pihak. Saya telah melaksanakan akujanji dengan baik dan tepati, MALANGnya pihak satu lagi telah dengan sengaja ingkari dan munafik akujanji itu dan melarikan diri. Peguam syarie yang bertanggungjawab hanya mengeluarkan surat-surat dengan alasan-alasan “sampah” dengan MEMBELAKANGKAN akujanji yang dipersetujui diperingkat awal. Kita tidak boleh menukar fikiran jika akujanji sudah buat dan itu amat tidak adil dan zalim
Peguam saya telah menghantar surat2 bantahan tetapi peguam syarie ini balas dengan alasan-alasan dari anakguamnya. Peguam syarie ini yang bernama mohd hafiz nabil amat tidak bertanggungjawab, tidak amanah, tidak beretika, tidak hormati serta munafik akujanji dan tidak bertegas. Walauapapun anakguamnya memberi alasan, ia sepatutnya berpegang pada akujanji yang telah diamanahkan. Peguam begini sepatutnya dipersalahkan dengan secara tidak langung mengiakan anakguamnya ingkar akujanji. Sesuatu akujanji perlu di hormati dan di ikuti bukannya disusuli dengan surat-surat alasan. Kini sudah hari ke 4 saya belum dengar khabar dari anak kecil saya.
Sebagai orang islam yang tinggi martabatnya terutama di mahkamah syariah yang Mulia. Janji-janji dan kata-kata perlu dikotakan kerana sebagai orang islam. Saya harap PGSM mengambil serious dengan isu ini dan mengambil tindakkan sewajarnya. Saya betul-betul amat kecewa dengan wujudnya peguam syarie seumpama ini dan mencalarkan institusi Mahkamah dan juga PGSM.
dunia dah nak terbalik oooiii…
As a net resource for corporations and technological innovation enthusiasts to follow the latest and best developments in Unified Communications, IP Telephony, Hosted Communications and VoIP.