Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Barack Obama vs John McCain

Posted on November 4, 2008November 4, 2008 by Sabri Ahmad

Hari ini merupakan hari penentuan bagi dua calon utama yang bertanding pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Calon Parti Demokrat, Barack Obama, 47, mahu mencipta sejarah sebagai Presiden kulit hitam pertama AS, manakala pesaingnya daripada Parti Republikan, John McCain, 72, pula bakal menjadi Presiden paling tua dalam sejarah AS, jika beliau menang.

Berdasarkan tinjauan pengundi di seluruh negara, Obama memiliki kelebihan besar ke atas veteran Perang Vietnam itu pada pilihan raya Presiden kali ini, yang dianggap paling mendebarkan dalam tempoh satu generasi.

McCain, bagaimanapun masih menaruh keyakinan dan sedang berusaha keras dalam kempen saat akhir untuk membuktikan tinjauan itu meleset dan sekali gus mengekalkan legasi Parti Republikan di White House.

[ad#advertlets468x60]

Lebih 140 juta orang dijangka keluar mengundi iaitu kira-kira 64 peratus daripada jumlah penduduk yang layak mengundi berdasarkan kriteria umur.

Penganalisis menjangkakan jumlah pengundi yang akan turun mengundi kali ini merupakan yang paling tinggi dalam sejarah pilihan raya Presiden AS dalam tempoh 232 tahun.

Di samping pengundi kulit putih daripada kalangan kelas pekerja, pengundi wanita, golongan muda dan kulit hitam memainkan peranan penting dalam pilihan raya kali ini.

Kedua-dua calon sebenarnya bertarung untuk memungut sekurang-kurangnya 270 daripada 538 undi Badan Perwakilan Pemilih yang diperlukan untuk memenangi kerusi White House.

[ad#adsense468x60]

Undi tersebut diagihkan kepada negeri mengikut jumlah penduduk masing-masing dan pemenang undi popular di sesebuah negeri akan membolot kesemua undi Badan Perwakilan Pemilih dari negeri berkenaan.

Selain memilih Presiden AS, pilihan raya esok juga akan memilih anggota bagi kesemua 435 kerusi Dewan Perwakilan, 35 daripada 100 anggota Senat, serta 11 daripada 50 Gabenor negeri di AS.

nota : Agaknya apa pandangan dunia Islam jika Barack Obama menjadi presiden Amerika Syarikat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (605)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (134)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Semarak Hari Kebangsaan Ke-69: Mengapa Anda Wajib Miliki Gold Bar Merdeka 2026 Public Gold!
  • Generasi 80-an dan 90-an: Saksi Pembatas Dua Dunia
  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme