Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Apa Salahnya

Posted on February 16, 2009November 6, 2019 by Sabri Ahmad

Apa salahnya…………………………..

[ad#advertlets]

KANGAR 15 Feb. – Bukti kebesaran Tuhan. Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan masih mampu hidup biarpun terpaksa menahan lapar dan dahaga selama tiga hari.

Bayi malang itu hanya diberikan minum air kosong. Malah, dia disorokkan dalam laci almari bagi mengelak tangisannya didengari tuan rumah.

Namun, selepas tiga hari, tangisan bayi itu dikesan oleh tuan rumah iaitu seorang pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Paling mengejutkan ialah, bayi itu disembunyikan dalam laci almari pakaian di bilik pembantu rumah pegawai polis itu di Taman Fauziah di sini.

Bayi itu dipercayai disorokkan pembantu rumah warganegara Indonesia sejak Jumaat lalu dengan hanya diberikan air kosong untuk mengelakkan dia menangis dan kelaparan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Suprintendan Yusof Mohd. Diah berkata, berdasarkan keterangan awal pembantu rumah berusia lingkungan 20-an itu, bayi berkenaan dijumpai di tempat pembuangan sampah berhampiran rumah majikannya kira-kira pukul 6 pagi, Jumaat lalu.

Katanya, pembantu rumah itu juga mengakui menyorokkan bayi tersebut daripada pengetahuan majikannya kerana takut dan tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

“Ketika bayi itu ditemui, majikannya berada di Thailand atas urusan rasmi.

“Pegawai kanan polis itu hanya menyedari terdapat bayi dalam rumahnya apabila mendengar tangisan kuat yang datang dari bilik pembantu rumah itu awal pagi ini,” katanya di sini hari ini.

Yusof memberitahu, bayi malang itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk menerima rawatan rapi.

Keadaannya dilaporkan stabil walaupun dikatakan lapar sejak beberapa hari lalu.

“Pembantu rumah itu juga dibawa ke HTF untuk pemeriksaan lanjut bagi menentukan sama ada bayi berkenaan adalah anaknya sendiri atau tidak.

“Polis juga akan mengambil keterangan daripada pembantu rumah berkenaan selepas pemeriksaan hospital selesai dijalankan,” jelasnya.

Yusof berkata, pihaknya juga sedang mengumpul maklumat termasuk dakwaan pembantu rumah itu yang bayi berkenaan ditemui Jumaat lalu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana meninggalkan atau membuang kanak- kanak dalam keadaan terbiar.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta menghubungi Rakan Cop Perlis di talian 04-9711999 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, pegawai kanan polis wanita berusia 30-an yang enggan namanya disiarkan berkata, dia terkejut apabila terdengar suara bayi di dalam rumahnya awal pagi ini.

“Saya menjejaki suara itu sehingga ke bilik pembantu rumah dan apabila diperiksa mendapati terdapat bayi dalam laci almari.

“Saya terus memanggil pembantu rumah dan dia mendakwa bayi berkenaan ditemui Jumaat lalu di tepi tong sampah berhampiran rumah dan disimpan kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Menurut pegawai itu, dia turut membuat pemeriksaan lanjut terhadap pembantu rumah berkenaan untuk mengesan sama ada wanita Indonesia itu sendiri yang melahirkan bayi berkenaan.

“Pemeriksaan secara kasar mendapati tiada tanda-tanda dia baru melahirkan anak tetapi pemeriksaan lanjut akan dilakukan di hospital,” katanya.-Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp