Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN berjaya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi.
Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.
Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini.
Pada pilihan raya umum 2008, rekod terburuk BN, parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.
Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi.
Kejayaan BN menggandakan jumlah majoriti kali ini berjaya menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan.
BN berjaya menebus ketewasannya di tiga daerah mengundi pada Mac tahun lalu: Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong.
Kemenangan mantan menteri besar Negeri Sembilan itu, selain membuktikan ketokohannya masih kukuh walaupun tercalar dengan isu rasuah, juga menunjukkan pengundi bukan Melayu berpatah balik bersama BN.
Di samping itu, BN juga menang di semua lapan daerah mengundi – termasuk tiga daerah yang dimenangi pembangkang pada 2008, iaitu Pekan Siliau, Ladang Atherton dan Sua Betong.
Begitu juga dengan undi pos di mana majoriti yang dimenangi BN, iaitu 2,920 undi adalah dua kali ganda berbanding 1,891 undi pada 2008.
Dalam pilihan raya kecil ini, BN mendapat 3,521 undi berbanding 3,080 undi pada 2008. Manakala undi pos yang diperolehi PAS merosot kepada 601 undi berbanding 1,189 undi yang diperolehinya pada pilihanraya umum tahun lalu. – Malaysiakini

BN baru menang 1 kerusi Pilihan Raya Kecil tahun ni sedangkan dah banyak PRK. kalau tak silap dalam 9. Mungkin rakyat semakin mempertikaikan kewibawaan kerajaan.
agak melucukan bila setiap kali pembangkang menang, SPR disanjung sebagai adil dan bermaruah..tapi bila kalah SPR lah punca segalanya…
apapun…poltik sekarang dah jd bahan lawak yg best tuk kita tonton! Syabas ahli politik!!
yup betul..politik sekarang adalah satu cerita kartun yang wataknya dilakonkan oleh segelintir rakyat dan segelintir ahli politik untuk ditaayangkan pada semua rakyat Malaysia.
korang kena tipu je.. kata 1malaysia.. rakyat didahulukan konon.. yg didahulukan kroni2 kerajaan.. pencapaian diutamakan? yg diutamakan duit rakyat utk kepentingan menteri. menteri duit bersepah.. cukai tak bayar.. rakyat kena bayar cukai 2500 gaji dh kena byr cukai patut kena naikkan 5000 br harus bayar cukai.. cukai malaysia adalah antara yg tertinggi di ASIA… beli kereta pun kena cukai.. kalo boleh cukai kereta potong 50% cukai jalan potong 100%… kalo tak potong kami rakyat malaysia yg bersatu hati akan mengundi pihak lain dalam pru13 nanti.. kita lihat dan tunggu.. najib takkan berjaya memerintah malaysia lebih dari sepenggal.. ntah2 sepenggal pun tak dapat..
ada org cerita kemenangan isa di bagan pinang adalah kerana politik wang. CM negeri asal isa berani mengeluarkan wang sejumlah 14juta bagi melobi isa sebagai calon tunggal BN dlm prk bagan pinang. hal ini pun saya tahu dr anggota keselamatan malaysia yg bertanggungjawab.. walaupun saya tidak mempercayai lagi perkhidmatan badan keselamatan itu di malaysia kerana bertindak sebagai barua kerajaan..
mengapa kalo pemimpin melanggar lampu merah tidak dikenakan saman? sementara rakyat kalu berbuat demikian dikenakan saman maksima?.. tanpa rakyat pemimpin tak akan jadi pemimpin.. INGAT TU ORG2 ATASAN… kuasa rakyat adalah segalanya.. rakyat malaysia jgn tertipu dgn istilah satu malaysia.. apa yg cuba kerajaan lakukan sebenarnya hanyalah utk rakyat mengundi mereka pada pru13.. dan seharusnya slogan 1malaysia diganti kepada 1barisan (BN).. rakyat tidak akan tertipu lagi dgn helah kerajaan.. kini rakyat sudah pandai dan perfikiran bijak tidak seperti masa mula2 mencapai kemerdekaan dahulu..
INGAT … suara/kuasa rakyat adalah segalanya… dari RAKYAT utk RAKYAT.. kalo kerajaan tak ikut kehendak RAKYAT… RAKYAT akan bertindak… ikut kehendak RAKYAT selamat, aman, makmur.. tak ikut kehendak RAKYAT… RAKYAT akan lawan dan takbir…
Isa Samad Menang.
Sayalah diantara rakyat Malaysia yang tidak bersetuju Tan Sri Isa Samad dicalonkan. {sila rujuk abangxxx-daroblog.blogspot.com/. Tajuk: ISA SAMAD SHOULD DISQUALIFY HIMSELF] Maaf, saya menulis dalam bahasa Inggeris.
Tapak pemikiran kita bermula dari isu PERUBAHAN yang diminta rakyat melalui pilihanrya Umum 2008 dahulu. Sebelum ini beberapa orang calon BN/UMNO terdiri daripada individu yang mudah luka. Lihat saja Kuala Terengganu-agak sombong, Permatang Pasir-disbarred oleh Bar Council serta bangkrup dan beberapa orang yang lain. Isu Samad pun dalam kategori yang sama.
Tetapi kita tidak dapat membaca aliran pemikiran Najib dan Muhyiddin.
Saya melihat pemilihan Isa Samad adalah contoh pemikiran diluar linkungan [out of the box-Edward De Bono].
Untuk mengetahui idea kita tentang isu yang lain sila jenguk: abangxxx-daroblog.blogspot.com/
Remy dll;
Kalau ada bukti kukuh buat laporan polis dan bawa buktinya sekali. Jangan asal cakap aje! Berdosa! Tahutak.