SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • About
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • PublicGold
    • PGMall
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Pengidap Penyakit Asthma Mesti Elak 7 Makanan dan Minuman Untuk Cegah

Posted on February 4, 2020February 4, 2020 by Sabri Ahmad

Pengidap Penyakit Asthma Mesti Elak 7 Makanan dan Minuman Untuk Cegah

Asma atau lelah adalah penyakit berkaitan saluran pernafasan yang digolongkan sebagai alahan seperti resdung (allergic rhinitis) dan masalah kulit (eczema). Namun, masih ramai menyamakan asma dengan semput disebabkan simptom serupa terutama kesukaran bernafas apabila terlalu letih.

Asthma

Individu yang mengalami semput tidak semestinya mempunyai asthma. Serangan asthma berlaku apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung dengan paru-paru mengalami kekejangan mengakibatkan saluran itu mengecil hingga sukar bernafas.

Semput pula seakan asthma tetapi ia berlaku berkemungkinan besar daripada penyakit berkaitan paru-paru seperti pneumonia, bronchitis, anemia, lemah jantung atau fibrosis.

Memang benar tidak semua orang memberi tindakbalas yang sama kepada jenis makanan yang sama. Tetapi adalah lebih baik jika penghidap asthma memantau pemakanan dan cuba elakkan memakannya…

1.BUAH-BUAHAN KERING

Faktor utama adalah bahan pengawet untuk memanjangkan tarikh hayat makanan.Jika ada perkataan ‘potassium bisulfite’ dan ‘sodium sulfite, ia boleh menganggu saluran pernafasan dan mencetus asthma.

2.UDANG & MAKANAN LAUT

Udang sejuk beku dan juga makanan laut yang lain sering mengandungi sulfites kerana bahan ini menghalang pembentukan titik hitam pada udang atau makanan laut.

3.ACAR

Acar atau makanan jeruk , tak kisahlah yang dibuat daripada buah-buahan mahupun sayur-sayuran. Acar juga mengandungi zat sulfur, jadi ia boleh mendedahkan kepada serangan asthma.

4.KENTANG GORENG DAN YANG DIPROSES

Berwaspada dan menjauhi dari kentang goreng yang pastinya mengandungi MSG dan garam. Terdapat campuran kentang lecek yang dijual dalam paket juga mengandungi pengawet bisulfites.Lebih baik buat sendiri.

5.BUAH-BUAHAN DALAM TIN & JUS BUAH DIPROSES.

Buah-buahan seperti ceri atau jus dijual dalam betul juga boleh mengandungi pengawet yang boleh merangsang ‘bronchospasm’ atau simpton asthma yang lain.

6.ALAHAN MAKANAN

Jika anda dah tahu apa makanan yang memberi kesan alahan, eloklah dijauhi daripada memakannya.

7.AIS DAN MINUMAN SEJUK

Air sejuk dipercayai boleh mengecilkan saluran pernafasan dan boleh membuatkan wujudnya simpton-simpton asthma.

Original posting > https://www.rasa.my/7-makanan-ni-patut-dielakkan-oleh-pengidap-asthma-mencegah-tentunya-lebih-senang-dari-merawat-kan/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
  • Nasihat Buat Rakyat Malaysia Menghadapi Covid-19 PENTING !! BACA SAMPAI HABIS!!
  • Kabinet Baru Muhyiddin Di Umum Petang Ini
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin Sah Sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8
© 2021 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp