Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Pemilikan 30% Ekuiti Bumiputera Dimansuh

Posted on July 2, 2009 by Sabri Ahmad

Jika kau orang faham dengan ekuiti , tolong jelaskan pada aku k…kalau kau orang semua tidak faham seperti aku , baca dan faham maklumat dibawah yang aku copy dari Utusan Online

KUALA LUMPUR 30 Jun – Garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang diwujudkan sejak 36 tahun lalu dengan mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO) dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.

Pemansuhan itu membabitkan garis panduan berkaitan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilan alih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan garis panduan itu tidak akan diganti dengan mana-mana garis panduan baru.

“Mulai hari ini, FIC tidak lagi memproses transaksi saham atau mengenakan sebarang syarat bagi transaksi tersebut,” katanya ketika berucap pada persidangan Invest Malaysia 2009 anjuran Bursa Malaysia Bhd. dan Kumpulan CIMB di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pada masa ini syarikat-syarikat yang mahu disenaraikan perlu memenuhi syarat pegangan saham awam sebanyak 25 peratus, mengikut Peraturan Penyenaraian Bursa Malaysia dan syarat 30 peratus ekuiti bumiputera di bawah garis panduan FIC.

Bagaimanapun, mulai hari ini, Keperluan Tebaran Awam akan dikekalkan dan sebagai tambahan Suruhanjaya Sekuriti (SC) bakal memperkenalkan garis panduan baru.

Di bawah garis panduan baru itu, syarikat yang mahu membuat penyenaraian perlu menawarkan 50 peratus daripada 25 peratus tebaran pegangan saham awal kepada pelabur bumiputera.

Tambah beliau, ini bermakna syarat ekuiti pelabur bumiputera telah dimasukkan bersama di dalam tebaran awam.

Najib menambah, mulai sekarang tiada lagi keperluan ekuiti dalam pasca IPO kecuali dalam pengambilan berbalik (RTO) dan penyenaraian ‘pintu belakang’.

“Garis panduan baru ini diperkenalkan kerana kita dapati model lama FIC ada kekurangan, apabila ada segelintir pihak mendakwa tidak mendapat insentif dalam negara sendiri.

“Peraturan FIC itu juga sering mendapat rungutan di kalangan para pelabur asing dan dengan pemansuhan FIC, kita berharap Malaysia dapat menjadi destinasi mesra pelabur,” katanya.

Beliau menaruh harapan, peraturan baru itu akan menjadikan negara lebih berdaya saing dalam pasaran modal dan meletakkan kedudukan Malaysia dalam ‘radar’ lebih tinggi di kalangan pelabur asing, tidak hanya dalam pelaburan asing tetapi juga dalam pelaburan ekuiti.

Menurut beliau, perubahan dalam garis panduan itu telah meletakkan semula Malaysia dalam situasi yang betul untuk mendapat manfaat ketika pemulihan ekonomi dunia.

Langkah yang diperkenalkan itu juga dapat mengurangkan amalan ‘ali baba’ kerana peraturan baru itu akan hanya membantu mereka yang menolong diri sendiri.

Mengulas lanjut, Najib berkata, sebelum ini, kebanyakan pelabur bumiputera yang mendapat saham, akan menjual saham mereka.

“Saham yang dijual bukan sedikit kerana berdasarkan kajian, daripada sejumlah RM54 bilion saham milik bumiputera, yang tinggal kini hanya RM2 bilion. Sebab itu saya katakan model lama FIC tidak lagi boleh digunakan,” jelasnya.

Malah, sehingga hari ini, jumlah penguasaan ekuiti bumiputera hanya sekitar 19.4 peratus, masih jauh ketinggalan berbanding sasaran awal sebanyak 30 peratus.

Najib menyifatkan pemansuhan garis panduan itu adalah polisi yang adil bagi semua termasuk pelabur asing.

“Garis panduan polisi baru ini memberi situasi menang-menang kepada para pelabur global dan pada masa sama ia memenuhi keperluan bagi instrumen baru yang lebih efektif untuk bumiputera,” jelas beliau.

Ditanya sama ada garis panduan baru itu akan menyebabkan berlaku penentangan politik, Najib berkata: “Tidak ada kerana tidak ada sesiapa akan rasa terpinggir”‘.

“Tidak ada mana-mana kumpulan etnik akan terpinggir dan tidak ada penarikan semula insentif yang sedang dinikmati oleh kumpulan etnik. Ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan,” tegas beliau.

Najib berkata, tugas FIC sekarang hanya memproses transaksi yang melibatkan pelupusan kepentingan bumiputera termasuk penjualan hartanah milik bumiputera kepada bukan bumiputera dan kepentingan kerajaan dalam hartanah.

Bagaimanapun, kelulusan FIC hanya diperlukan bagi hartanah melebihi RM20 juta sama ada dibeli secara langsung atau tidak langsung.

“Lain-lain transaksi tidak memerlukan kelulusan FIC,” katanya.

Najib yakin dengan kelonggaran peraturan itu akan meningkatkan nilai kedudukan Malaysia sebagai destinasi untuk membuat perniagaan dan pelaburan.

Perubahan itu juga membolehkan Unit Perancang Ekonomi memfokus semula peranannya untuk koordinasi dan memantau polisi pengagihan pada tahap makro, kata beliau.

“Dengan ini, kerajaan akan kekal komited meningkatkan pembabitan ekonomi oleh bumiputera.

“Pendekatan baru ini akan memberi fokus untuk menumpukan kestabilan dan pembabitan efektif melalui kerjasama tulen dan meritokrasi,” tambahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

1 thought on “Pemilikan 30% Ekuiti Bumiputera Dimansuh”

  1. peter john says:
    October 20, 2009 at 12:09 am

    It have to be done earlier. It is a true planning and fair plan. I aso dun noe y mahathir so worry abt tat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp