Salam maal hijrah kepada semua umat Islam , lebih-lebih lagi buat umat Islam di Malaysia.Petang tadi saya selesai membuat penghantaran gold.Dalam perjalanan balik , ada sebuah kereta mewah di depan saya.Fulamak kereta memang cantik tapi saya empunyanya tidak cantik perangai.Mana tidaknya , sisa makanan dibuang begitu sahaja.
Kalau sekali baling keluar mungkin boleh dimaafkan ,,, ni sepanjang jalan di buangnya sisa makanan…Ada ler 2 3 kerat sisa makanan terkena cermin depan kereta saya….Waduh memang naik angin dibuatnya….nasib baik ler jalan jem.
Pada firasat saya ler , sisa tersebut kulit kacang atau pun kulit “etok” . Eshhh naik jer kereta mewah tetapi perangai tak mewah pun.Tapi yang saya hairannya dengan perangai orang kita ni…Kalau kat rumah or dalam kereta sendiri tak mahu pulak buang sampah.So sempena maal hijrah tahun ini , maka bagi mereka yang suka buang sampah merata-rata tu berhijrahlah untuk menjaga kebersihan di setiap sudut yang kita lalui.Salam maal hijrah sekali lagi

Itulah orang Malaysia. Kat rumah sendiri tak nak pulak buang sampah merata-rata. Tapi kalau kat jalan raya, ikut suka hati je. Sama juga dengan tandas awam, susah sangat ke nak basuk elok2 lepas guna. Aduss..
Sempena maal hijrah ni, elok la berhijrah dari perangai yang tak elok kepada yang lebih baik. 🙂
Pengalaman yang sama juga sering berlaku pada saya. Terus terang saya katakan attitude rakyat Malaysia masih sepuluh tahun di belakang jika nak dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain. Sebab itu kerajaan sendiri terus membelanjakan jutaan ringgit kerana nak mengubah sikap masyarakat yang tidak ada kesedaran sivik. Yang paling susah sekali nak bentuk pemandu macam ni lah..yang dikategorikan bodoh sombong.
betul bro…kesedaran sivik orang kita kebelakang bukan ke depan…tapi yang melakukannya bukan orang bodoh tapi orang cerdik sangatttttttttttttt
Cerdik tu akademik je Sabri. Tapi nilai diri belum tentu cerdik juga..:)
Rakyat Malaysia memang terlampau cerdik sehingga tak dapat membezakan tanggungjawab sosial. Mungkin mereka ni rasa puas jika dapat buang sampah merata-rata…termasuklah mereka-mereka yang nampak cerdik tapi sebenarnya tidak cerdik pun.
Kalau ke negara jiran Singapura tahu pula jaga kebersihan dan beratur nak naik bas…tapi di negara sendiri, letaklah iklan besar-besar JAGA KEBERSIHAN sia-sia aja. Itulah minda rakyat Malaysia. 1MALAYSIA