Salam semua..Top top top dah masuk bulan kemerdekaan Malaysia..apa yang dapat kau rasa bilan bulan kemerdekaan tiba.Pasti semua orang kecoh memperkatakan tentang kemerdekaan Malaysia.Sebagai seorang warganegara Malaysia yang taat setia pada negara , aku pasti ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pejuang-pejuang yang membebaskan negara dari tangan penjajah.Tapi jiwaku sedikit terkilan , bila melihat keadaan sekarang , berdemontrasi bagi membebaskan negara dari ISA.Kempen kibar bendera Malaysia secara terbalik dan macam-macam lagi.Aduhai , sampai bila kita akan bertelagah sesama sendiri.Fikir-fikirkan lah wahai insan yang bergelar warganegara Malaysia.

Jika anda seorang Blogger Melayu yang sentiasa menyayangi keamanan dan keharmonian kaum , apa kah yang anda lakukan bagi menzahirkan semangat patriolitik anda.Tahniah aku ucapkan kepada Blogger Melayu yang sudah melangkah setapak mempromosi bulan kemerdekaan seperti Megat , Mohd Ismail . Sejuk dan ramai lagi yang mungkin aku belum ketahui.Mereka-mereka ini sedang giat mempromosi bulan kemerdekaan melalui Twitter.
Bagi aku pula , aku sedang mempromosi bulan kemerdekaan melalui banner yang aku tempah khas dari Kongsiblog.Org.Banner ini aku namakan sebagai Saya Blogger Melayu Merdeka.Jika berminat dengan banner ini sila dapatkan di Facebook Blogger Melayu atau Webblog rasmi Blogger Melayu.
p/s : Anda dibenarkan copy dan paste artikel ini , dengan syarat anda kredit atau jangan kreditkan :).

sedikit update : image di atas di capture di http://twibbon.com/join/I-Love-Malaysia yang di create oleh Adi Wond ( http://www.riceblogger.com/ )
Banner Blogger Melayu Merdeka
Merdeka 2009 – 1 Malaysia (Wallpaper) – http://abdusfauzi.com/merdeka-2009-1-malaysia-wallpaper.html
owh, terima kasih 🙂
sama-sama bro….