Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Nasib Penduduk Kg Lorong Buah Pala

Posted on August 4, 2009June 21, 2016 by Sabri Ahmad

Apa akan jadi dengan penduduk kampung lorong buah pala ? Walaupun aku berketurunan Melayu namun aku cukup kesian melihat nasib mereka.Apa tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang sekarang ? Apakah bulan kemerdekaan menjadi kenangan buruk bagi mereka.Mana perginya Pakatan Rakyat yang selalu melaungkan “memperjuangkan hak rakyat”.Malas aku komen panjang-panjang pasal politik….semoga penduduk Kampung Buah Pala terus bersabar dan mencari ikhtiar….

kampung_lrg_buah_pala

Kerja meroboh rumah penduduk Kampung Lorong Buah Pala di Bukit Gelugor yang sepatutnya dilakukan hari ini, ditunda sehingga esok berikutan pemilik tanah kampung berkenaan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang (KPKPP) memberi tempoh sehari lagi kepada penduduk untuk berpindah.

Pengerusi KPKPP, Abdul Razak Mansor berkata kawasan itu sepatutnya dirobohkan hari ini, bagaimanapun atas dasar simpati dan kemanusian, pihaknya memberi tempoh sehari lagi bagi penduduk kampung berkenaan memindahkan barang mereka.

Beliau berharap penduduk Kampung Buah Pala dapat memberi kerjasama untuk keluar dari kawasan berkenaan tanpa menimbulkan sebarang kekacauan, lapor Bernama.

Abdul Razak berkata semua anggota KPKPP yang bermesyuarat semalam telah mencapai kata sepakat untuk tidak berkongsi tanah berkenaan seperti cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim.Guan Eng.

“Kenapa kami perlu berkongsi tanah berkenaan dengan penduduk kampung sedangkan tanah itu memang milik kami dan mahkamah sendiri telah putuskan ia sah milik KPKPP,” katanya.

Abdul Razak berkata cadangan yang dikemukan oleh Lim untuk koperasi berkongsi kawasan berkenaan dengan penduduk Kampung Buah Pala dibuat tanpa berbincang dengan mereka.

“Kerajaan negeri tidak pernah berbincang dengan kita tentang perkara ini dan tiba-tiba sahaja beliau (Lim) cadangkan kami berkongsi tanah berkenaan.

“Itu semua janji politik mereka dan mengapa koperasi perlu akur dengan cadangan berkenaan,” katanya sambil menambah bahawa KPKPP tetap berkeras untuk merobohkan kampung berkenaan esok.-Malaysiakini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

3 thoughts on “Nasib Penduduk Kg Lorong Buah Pala”

  1. boboiz says:
    August 4, 2009 at 8:41 am

    susah nak cakap pasal hal nie sbb kita tak tau keseluruhan ceritanya…kita tgk secara kasar nampak macam pkr tak dapat nak tolong penduduk, tapi cerita di sebalik kenapa dia tak dapat tolong kita tak tau..

  2. Sabri Ahmad says:
    August 4, 2009 at 6:54 pm

    memang ler dia tidak dapat tolong coz tak der duit tapi kalau dia usaha pasti leh cari duit untuk bayar tanah tu kan

  3. mahayuddin says:
    August 5, 2009 at 12:55 am

    Begitulah nasib orang duk menumpang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp