Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Gold Accumulation Program Public Gold Patuh Syariah Secara Rasmi ( GAP )

Posted on November 14, 2017 by Sabri Ahmad

Sijil Pengiktirafan Patuh Syariah kepada Kumpulan Public Gold dijangka merancakkan pelaburan emas dengan peningkatan jualan kepada 50 peratus.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Louis Ng berkata, keyakinan pelanggan Islam yang sebelum ini waswas akan pelaburan emas meningkat melalui penerimaan sijil oleh Amanie Advisors sebuah syarikat perunding syariah.

Menurutnya, di samping perkhidmatan produk berkualiti dengan tawaran harga berpatutan, pihaknya sentiasa mengambil berat mengenai pandangan pelanggan.

“Kami komited meningkatkan mutu perkhidmatan dan atas syor serta pandangan awam telah menggerakkan usaha ke arah pensijilan syariah yang dimulakan sejak tiga tahun lalu dalam kategori fizikal disusuli simpanan GAP & SAP September lalu.

“Ia sangat membantu kami meningkatkan keyakinan pelabur yang sebelum ini ragu-ragu dengan urusan jual beli emas mengambil kira pandangan ilmuwan agama dan fatwa mengenai statusnya,” katanya selepas mengadakan Seminar Emas dan Syariah kali kesembilan, semalam.

Seminar berkonsep akademik itu dihadiri 300 peserta dan mengundang dua panel iaitu Pengerusi Eksekutif Amanie Advisors, Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Ahmad Sufian Che Abdullah.

Louis berkata, pihaknya bakal melebarkan pasaran ke Miri bagi menarik pelaburan baharu termasuk dari Brunei selepas Singapura dan Indonesia.

Sementara itu, Dr Mohd Daud berkata, emas adalah pelaburan mudah dengan kos rendah yang perlu diteroka oleh orang Islam.

“Masyarakat Islam perlu didedahkan dengan pelaburan emas yang memberikan manfaat bagi jangka masa panjang mengikut garis panduan pematuhan syariah.

“Seminar memberikan ilmu mengenai pelaburan emas membuka peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan pencerahan dan merungkai persoalan berkenaan status urus niaga yang sebelum ini sering menjadi persoalan,” katanya.

Sijil Syariah Akaun Emas / Silver Public Gold ( GAP & SAP )

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/selangor-kl/pelabur-islam-yakin-dengan-kumpulan-public-gold-1.756001

http://m.utusan.com.my/berita/terkini/kumpulan-public-gold-sasar-peningkatan-50-peratus-penjualan-emas-1.550320

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (604)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Generasi 80-an dan 90-an: Saksi Pembatas Dua Dunia
  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme