Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Emas Fizikal Untuk Simpanan , ASB Untuk Pelaburan !

Posted on January 17, 2010 by Sabri Ahmad

Salam sahabat emas.Sudah 5 hari emaskini.com tanpa artikel dan cerita tentang emas.Ke mana admin emaskini menghilang ? Adakah admin emaskini.com sudah kaya ? Hahahahaha , bila sebut perkataan kaya , saya sering tergelak sendirian.Bagi saya tiada makna kaya jika “tidak mampu menolong orang lain”.So matlamat saya hari ini adalah memberi kesedaran pada semua orang betapa pentingnya menyimpan emas walaupun 1 dinar.

Ada seorang hamba Allah Taala menyatakan kepada isteri kesayangan saya yang banyak memberi sokongan selama ini.Beliau menyatakan ” Emas fizikal sesuai untuk simpanan atau dalam bahasa mat saleh saving kerana menguntungkan tetapi untuk pelaburan tidak menguntungkan (ASB lebih menguntungkan ).”.Alasan yang diberi :

Sebagai contoh menyimpan dalam ASB sebanyak RM10,000.00.Dengan dividen sebanyak 8% setahun.So dalam masa 5 tahun anda akan memperolehi RM10,000.00 + RM4,000.00 = RM14,000.00.So duit dividen tersebut anda boleh keluarkan dan buat apa yang patut.So duit pokok anda tetap ada.

Berbanding dengan EMAS.

Anda menyimpan emas fizikal dengan nilai RM10,000.00.Dengan purata kenaikkan harga emas 25% setahun ( malah lebih lagi ) . So dalam masa 5 tahun emas yang anda miliki bernilai RM10,000.00 + RM12,500.00 = RM22,000.00.So jika anda ingin menggunakan duit fiat , anda jual dan dapat duit fiat.Emas tersebut akan hilang kerana anda sudah jual.

Kesimpulan alasan beliau adalah , jika beliau jual emas tersebut beliau dapat duit dan tak mampu lagi beli emas pada masa tersebut berbanding duit ASB yang tak hilang ( RM10,000.00 ).

Sahabat semua faham tak dengan penerangan saya , kalau tak faham , cuba baca berulang kali sehingga faham.Bagi mereka yang faham , memang lawak alasan yang diberi.Saya tidak melarang sahabat dari melabur dalam ASB tetapi mempelbagaikan bentuk pelaburan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 thoughts on “Emas Fizikal Untuk Simpanan , ASB Untuk Pelaburan !”

  1. azman says:
    January 18, 2010 at 12:57 am

    fahammm cikgu

  2. Daneal says:
    January 18, 2010 at 8:40 am

    Assalamualaikom.
    En Sabri.
    Orang melayu ni lambat nak pikap.kena baca ulang kali baru nak fahan. yang dia fikir nak untung cepat sebab tulah tegolek dog…………Tak apa selagi kita ada qudrat kita terang yang termampu agar orang kita sedar.kalau tak boleh juga suruh depa belajar pada orang tua yang walau pun pelajaran tak tinggi tapi ada wawasan.Pokok durian yang orang tua kita tanam seulas pun tak dirasa,anak2cucu yang melantak sampai tak ingat sejarahnya. ok en sabri jumpa lagi.

  3. sam says:
    January 18, 2010 at 9:28 am

    adakah wang rm 10k dlm ASB tu nilainya akan sama dgn 10 tahun akn dtg??? org kita melihat duit hanya pd angka dan kuantitinya tp tidak pd nilai.. fikir2kn..

  4. emas kini says:
    January 18, 2010 at 9:38 am

    betul cakap Daneal..kalau orang dulu tanam pokok durian untuk diri sendiri , dia takkan tanam pokok durian begitu lah jugak dengan emas,,,jgn terlampau fikir untuk diri sendiri tetapi untuk generasi akan datang

  5. emas kini says:
    January 18, 2010 at 9:39 am

    itulah yg menjadi masalah utama sekarang…kebanyakkan belum menghayati..emas adalah duit sebenar….

  6. 2bz4money says:
    February 7, 2010 at 1:57 am

    wang fiat masih digunakan secara berleluasa selagi 1World, 1Nation, 1Country tidak menjadi realiti..berdasarkan fakta sejarah dan projected gold value until your expected life, saya lebih selesa menyimpannya secara diversify satu hari nanti selepas memaksimakan ASB terlebih dahulu.

  7. emas kini says:
    February 7, 2010 at 9:55 pm

    sy tidak pernah melarang-larang mana2 individu untuk melabur dalam ASB.Cuma sy menggalakkan kita semua mempelbagaikan pelaburan/simpanan

  8. sm says:
    April 21, 2010 at 3:16 pm

    memang btol org melayu kte tau nk untung cepat…mcm paham tp xtau benda pn..duit ada dok simpan …kalo nk wat asb amek yg maksimum baaa.

  9. jutawanemas says:
    July 25, 2010 at 11:59 am

    emas tu x hilang..nk dwit fiat bleh gadai je..
    ada duit tebus la..tu jer..
    mna bleh hilang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme