Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Bersubahat Membunuh Altantuya Shaariibuu Di Bebaskan

Posted on November 1, 2008November 1, 2008 by Sabri Ahmad

Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas perbicaraan berlangsung selama 151 hari.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md Yasin memutuskan membebaskan Abdul Razak, 48, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Beliau juga menerima kandungan afidavit yang diikrarkan oleh Abdul Razak yang telah dikemukakan sebagai bukti pada perbicaraan.

[ad#advertlets]

Bagaimanapun, Hakim Mohd. Zaki memerintahkan dua tertuduh utama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya.

* Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mendengar keterangan bela diri Azilah dan Sirul Azhar mulai 10 November depan.

* Pihak pendakwaan akan mempertimbangkan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan membebaskan Abdul Razak. Peguam pemerhati keluarga Altantuya dan kerajaan Mongolia, Karpal Singh akan menghantar surat kepada Peguam Negara agar memfailkan rayuan tersebut.

* Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul Azhar Umar memaklumkan Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa pihaknya bercadang memanggil pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai saksi.

* Mahkamah menerima keterangan Lans Koperal Rohaniza Roslan dan Deputi Supritendan Mohd. Yusri Hassan Basri yang kebolehpercayaan mereka dicabar oleh pasukan pendakwaan setelah mereka dikatakan memberi keterangan bercanggah./Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (605)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (134)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Semarak Hari Kebangsaan Ke-69: Mengapa Anda Wajib Miliki Gold Bar Merdeka 2026 Public Gold!
  • Generasi 80-an dan 90-an: Saksi Pembatas Dua Dunia
  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme