Wahhhh , memang sedap di dengar ayat dibayar untuk terima email.Siapa tidak mahu duit atau pun dipanggil wang.Sejak kebelakangan ini aku sering didatangi email yang mempromosi skikm ? . Aku hairan bila membaca kandungan email tersebut :
Maaf menganggu..
Maaf, ini bukan SPAM (This is not a SPAM). Tapi untuk menyampaikan satu berita mengenai biz yang menguntungkan
Kalau tak berminat delete saja.
Klik Disini
Klik Disini
50 Sen Setiap Kali Anda Menerima Email.Pendapatan Lumayan!!!Kerja Sambilan Di Rumah Pada Masa Lapang.
Yang peliknya , ada ayat mengatakan “Maaf , ini bukan SPAM”.Kalau bukan SPAM apakah jadahnya ?.Aku tidak pasti samada cara ini menipu atau tidak.Yang pasti aku tidak akan menyertainya.Aku harap mereka yang menyertainya jangan menghantar email kepada aku kerana aku tidak akan menyertainya.Siapa tahu website mana yang menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan keuntungan.
