Berita ini mengingatk aku pada kisah zaman sekolah dahulu.Aku dulu pun toreh dagu jugak.Aku tidak tahu pun kalau toreh dagu menandakan aku sebagai geng gagak hitam.Yang aku tahu , ikut trend kawan-kawan yang sama ego dengan aku.Aku tidak tahu pun matlamat geng gagak hitam.Walaupun aku geng gagak hitam tapi tidak pernah menimbukan masalah , hanya tanda pada dagu sahaja yang ada.Itulah zaman remaja.
Sekarang aku tidak lagi geng gagak hitam , tanda di dagu pun sudah hilang.Aku sekarang geng gagak putih :).Yang hidup dengan penuh kesopanan dan cintakan kepada keamanan.Punca sebenar masalah ini , pelajar itu sendiri yang ingin kan kelainan dan perhatian murahan.Kita tidak boleh salahkan keluarga , pihak sekolah dan masyarakat 100 %.Mereka hanya tahu berhibur dan suka membuat perkara yang pelik-pelik.Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah mendekati pelajar itu sendiri.Jangan gunakan kekerasan kerana kekerasan boleh menyebakan pelajar semakin keras.
Teringat saya kepada kisah dimana seorang imam masjid ingin mengajak remaja yang sedang lepak supaya datang ke masjid menunaikan solat.Apa yang imam lakukan adalah dengan lepak bersama remaja tersebut.Tiap-tiap hari imam tersebut melakukan tindakan seperti itu sehingga remaja itu sendiri timbul perasaan untuk pergi ke masjid untuk menunaikan solat.
Berita Geng Gagak Hitam di Kosmo :
KUALA TERENGGANU – Sudah ada tanda-tanda beberapa sekolah di negeri ini mula diresapi budaya kumpulan samseng pelajar dikenali ‘Geng Gagak Hitam’ yang pernah menjadi sebutan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an dulu.
Ia ekoran fenomena menoreh dagu sebagai lambang keahlian dan kesetiaan kepada kumpulan itu mula menjadi ikutan di kalangan pelajar sekolah di beberapa daerah di negeri ini.Seterusnya di Kosmo
[ad#ads-post]


menyakitkan aje.. eee…ngeri