Semalam aku tengok pencarian Raja Lawak Astro musim ke 3.Memang penyertaan di luar dugaan.Tapi rata-rata yang hadir ujibakat bukan raja lawak tapi raja badut.Ko ingat nak buat lawak ni senang.Biasanya bakat lawak adalah satu bakat asli yang ada dalam diri seseorang.
Kebiasaanya orang yang lawak datangnya dari 2 persekitaran.Golongan yang susah dan tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi.Mungkin kerana mereka jadi lawak untuk menghiburkan hati sendiri dan persekitaran mereka yang selalu diselubungi masalah.
Jarang kita lihat orang lawak datangnya dari orang profesional.Mungkinkah kalau golongan profesional seorang lawak , boleh menghilangkan perasaan hormat terhadap beliau.Nantikan coretan aku seterusnya mengenai perjalanan raja lawak astro musim ke tiga.
