Aku asyik teringat dengan artikel yang ditulis oleh etomyam mengenai 20 orang terkaya di Malaysia.Sebelum kita sama-sama jadi mat jenin . aku ada soalan khas untuk saudara etomyam.Mengapa nick name ko etomyam erk.Bila lihat nick etomyam teringat kat tomyam siam kat kampung aku. Dari 20 orang yang terkaya di Malaysia hanya 3 orang Melayu . Tu tak termasuk aku :).Sumber silap kot.Mengapa hanya 3 orang sahaja ? Aku tidak ada jawapan khas untuk soalan tersebut.Yang pasti banyak kemungkinan dan penyebab. Salah satunya yang akan aku kupas hari ini.Orang Melayu suka jadi mat jenin.Khayal lebih tapi buat kurang.Aku bukan kata kat orang Melayu lain.Aku kata pada diri aku sendiri.Contoh paling senang , aku nak jadi blogger yang boleh mengalahkan Irfan Khairi tapi usaha macam siapa erk. Tapi kadang-kadang jadi mat jenin , ada bagus jugak.Kita boleh merasai kenikmatan walaupun
dalam khayalan.Jom jadi mat jenin modem.Berangan lebih . usaha lebih.
