Suara Pelajar UiTM seluruh sistem Malaysia, membantah secara terbuka kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membuka 10% kuota UiTM kepada bukan bumiputera. Kenyataan tersebut sesungguhnya dibantah dan tidak dipersetujui oleh seluruh warga pelajar UiTM se- Malaysia. Kami tetap dengan pendirian untuk mengekalkan dan menyokong UiTM berstatus seperti yang termaktub di dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah kerana taraf ekonomi bumiputera belum lagi mencapai sasaran Dasar Ekonomi Baru. Termasuklah aspek nisbah golongan Melayu dan Bukan Melayu di negara ini yang masih lagi tidak seimbang dari segi ekonomi.
Hak bumiputera di negara ini telah diambil satu persatu bermula denngan tindakan membuka kuota 10% MRSM dan MATRIKULASI kepada bukan bumiputera. Lebih buruk lagi dengan permintaan 10% Matrikulasi ini oleh pelajar buka bumiputera dikumpulkan dan digabungkan dibawah satu bumbumng matrikulasi. Yang terbaru, kuota JPA sebanyak 45% dibuka lagi kepada bukan bumiputera. Persoalannya di sini adalah bukan mengenai keadilan tetapi HAK yang perlu dan telah diperjuangkan selama ini oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dengan mewujudkan ITM atau kini UiTM sebagi benteng terakhir mempertahankan maruah anak bangsa.
[ad#advertlets]
Janganlah semua perkara hendak disama ratakan kerana jika hendak bercakap mengenai kesamarataan adakah ianya betul-betul mengikut kepada nisbah rakyat negara ini dan dilaksanakan sepenuhnya mengikut kaum majoriti di negara ini? Dengan memainkan isu ini sesungguhnya adalah jelas ianya berkepentingan politik semata-mata tanpa mempedulikan nasib anak bangsa kelak. Kita perlu ingat bahawa lahirnya pemimpin-pemimpin negara pada hari ini adalah kerana apa yang telah disediakan untuk mereka oleh pemimpin-pemimpin terdahulu . Janganlah kita memusnahkan ‘ jambatan ‘ yang telah dibina sebelum ini untuk cucu dan anak bangsa di masa hadapan kelak. “Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung”.
“Janganlah kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan” .
Sumber Artikel : Majlis Perwakilan Pelajar UiTM
Dalam Utusan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menyelar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup menggadaikan hak keistimewaan orang Melayu dengan mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera.
Ramai percaya tindakan beliau bagi mendapatkan sokongan bukan bumiputra.Saya bukan bersikap perkauman tetapi sudah banyak insitut pengajian tinggi yang terbuka untuk bukan bumiputra melanjutkan pengajian.UiTM boleh dikatakan satu warisan sejarah untuk orang Melayu yang banyak membangunkan orang Melayu.Sepatutnya isu seperti ini tidak perlu di bangkitkan kerana banyak lagi isu-isu yang boleh di perjuangkan oleh Menteri Besar Selangor.Isu seperti ini hanya mengundang kemarahan orang Melayu.Hak orang Melayu jangan di persenda dan dipermainkan dalam kancah politik.
Khalid hina UiTM, orang Melayu – Utusan
