Sekarang blog tidak asing lagi bagi orang Malaysia.Budak-budak sekolah pun sudah memiliki blog sendiri.Samada percuma atau berbayar ia tetap sebuah blog.Sekarang ni , buat blog memang cukup senang , kalau rasa susah boleh beli panduan ini ( iklan untuk aku sendiri ).
Baiklah kita teruskan dengan topik kita pada hari ini.Iklan di blog ? Boleh dikatakan 90 peratus blog mempunyai iklan ( mengikut statistik yang aku bagi sendiri mengikut pemerhatian aku ).Maknanya hanya 10 peratus blog yang tidak ada iklan.
Mengapa blogger letak iklan di blog ?
Kebanyakkan blogger letak iklan di blog kerana duit.Tidak ada satu pun blogger letak iklan untuk mencantikkan blog.Mengapa kerana duit ? Duit tersebut digunakan untuk menampung kos hosting . kos masa , kos penat lelah , kos sakit kepala dan banyak lagi kos.
Mengapa blogger tidak letak iklan di blog ?
Kerana mereka banyak duit dan mempunyai agenda tersendiri seperti ingin mempromosi diri sendiri atau sesuatu agenda.
Pada pandangan aku , seeloknya letak iklan bagi menghasilkan duit , kalau kau tidak mahu duit tersebut boleh sedekah kepada mereka yang berhak.Artikel ini ilham dari artikel saudara affuan.
p/s: Tapi jangan sampai iklan yang terlampau……blog aku iklan terlampau ke ?
