Lemang adalah salah satu makanan tradisi masyarakat Melayu.Kebiasaanya lemang menjadi menu utama pada hari raya aidilfitri.Proses untuk menyiapkan juadah ini boleh dikatakan agak rumit , lebih-lebih lagi proses memasak.
Lemang dibuat menggunakan beras pulut dicampur dengan santan kelapa.Beras santan akan dimasukkan ke dalam buluh bersama santan dan di salai diatas api sehingga masak.Ramai yang beranggapan proses ini merumitkan kerana prosesnya yang mengambil masa yang agak lama.Lebih-lebih lagi terpaksa berhadapan dengan “miang buluh”.”Miang buluh” adalah bahan yang melekat pada buluh , jika terkena pada kulit boleh menyebabkan kegagatalan.
[ad#advertlets]
Namun dengan kemajuan teknologi pada masa sekarang , proses untuk memasak lemang dipermudahkan dengan terhasilnya mesin “Pembakar lemang mudah alih” yang menggunakan tenaga elektrik.Mesin ini dihasil oleh sekumpulan pelatih dan tenaga pengajar dari Pusat Giat Mara Petaling Jaya Utara.Maklumat lanjut boleh baca di Utusan Malaysia

boleh tau tak pasal harga pembakar lemang? Saya berminat!
saya ada buat ketuhar pembakar lemang dengan kreativiti sendiri. tapi tak siapa pernah melihatnya. sudah 5 tahun saya menggunakannya. alhamdulillah hasil amat memuaskan.saya mahu memasarkan ketuhar tersebut tapi tak tahu macam mana..
wah..hebat nanie!! snap gambar dan tunjuk lah di blog..kene pattern kan hasil kerja nanie tu,tidak nnti kena ciplak..
senang je,panggil harian metro,dan contact TV3.. tunjukkan hasil kerja nanie tu.. bila dah keluar akhbar dan tv.. nnti ada lah peluang untuk pasarkannya.. mana tau boleh buat pinjaman usahawan ke.. rezeki tu datang jika kita berusaha tak putus-putus..
saya doakan selamat maju jaya.. insya Allah..