Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

16 September 2008 Pasti Tiba

Posted on September 6, 2008June 23, 2022 by Sabri Ahmad

Semua orang pasti sedang menunggu apa yang akan berlaku pada 16 September 2008.Tarikh 16 September pasti akan kita temui dan hadapinya.Tidak ada sesiapa pun di dunia ini dapat meramal apa yang akan berlaku pada tarikh tersebut.Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui apa akan berlaku pada hari esok , seterusnya , 16 September 2008 sehingga selama-lamanya.

Bila sebut 16 September teringat saya kepada 11 September 2001.11 September 2001 adalah satu tarikh yang mengembarkan seluruh dunia dimana bangunan WTC yang terletak di New York , Amerika Syarikat diserang menggunakan pesawat komersil.Akibat tragedi tersebut seluruh umat Islam (betul ke umat islam yang melakukannya) dilabel sebagai penganas.Mungkin ada segelintir umat islam yang berindak sedemikian.Namun ajaran Islam tidak mengajar umatnya bertindak sedemikian.

Berbalik kepada isu 16 September 2008 , ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa ramai Anggota Parlimen BN akan menyertai pembangkang bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan pada 16 Sept ini.Adakah cita-cita pembangkang akan termakbul ? Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih 16 September 2008 sebagai hari membentuk kerajaan baru ? Saya sendiri belum pasti tapi artikel yang ditulis saudara Reformis Melayu boleh dibaca sebagai “omong-omong kosong”.
[ad#advertlets]
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tidak ada Anggota Parlimen Barisan Nasional yang akan meninggalkan parti itu menjelang 16 Sept ini untuk menyertai pembangkang menubuhkan kerajaan baru.“Saya pastikan 16 Sept tidak akan berlaku. Pakatan Rakyat bergantung kepada ahli-ahli parti kita untuk meninggalkan kita tetapi orang kita tidak akan meninggalkan kita,” kata Perdana Menteri.“Kita tidak akan beri peluang untuk mereka menubuhkan kerajaan pada 16 Sept. Tidak,” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi .
[ad#adsense468x60]
Betul kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi , adalah lebih wajar jika perhatian diberi kepada usaha meningkatkan kemajuan negara.Jika difikir-fikirkan lebih baik kekalkan kerajaan sekarang daripada tubuhkan kerajaan baru.Kerajaan sekarang kita sudah tahu baik dan buruknya.Kerajaan baru , kita belum tahu baik dan buruknya.Saya tidak mahu mempertaruhkan Malaysia kepada hadiah yang belum tentu.Saya menyokong kerajaan yang ada sekarang dan saya menyokong pembangkang yang ada sebelum ada Pakatan Rakyat.Salah tetap salah , benar tetap benar.Sama-samalah kita fikir.

Kredit :

Utama


http://www.hmetro.com.my
http://www.bernama.com/
http://www.bharian.com.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp