Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Kembalinya Tokoh Kewartawanan Negara kepada DIA.

Posted on September 5, 2008April 20, 2016 by Sabri Ahmad

Tokoh Kewartawanan Negara Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia kira-kira 5.58 petang 4 September 2008 di Pusat Perubatan Pantai selepas menghadapi jangkitan paru-paru penghujung bulan lalu.

gambar pak samad
gambar pak samad

Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Pantai pada 25 Ogos lalu akibat jangkitan paru-paru.

Jenazah beliau akan disemadikan di perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat, hari ini.

Pak Samad, dilahirkan di Geylang, Singapura pada 18 April 1924. Beliau menamatkan persekolahan Senior Cambridge pada 1940.

Pak Samad mula menempuh alam pekerjaan dengan Utusan Melayu ketika berusia 16 tahun, kemudian sebagai pengarang Berita Malai (1944) pada zaman Jepun sewaktu berusia 20 tahun.

Pada 1946, beliau dilantik sebagai penolong pengarang, Utusan Melayu. Beliau juga pernah bertugas sebagai wakil Utusan Melayu di Jakarta.
[ad#advertlets]
Pada 1959, Pak Samad dilantik sebagai pengarang pertama akhbar Berita Harian, sebelum menjadi pengarang urusan bagi kumpulan akhbar The New Straits Times (1974).

Pada 1984, Pak Samad dilantik sebagai penasihat jabatan pengarang bagi kumpulan akhbar berkenaan sehingga beliau bersara pada 1988.

Pak Samad aktif dalam pergerakan politik. Pada 1947, bersama-sama Abdul Aziz Ishak, beliau menubuhkan Gerakan Angkatan Muda (Geram). Penubuhan itu menjadi anggota Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) bawah pimpinan Dr Buhanuddin Al-Helmi dan All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) di bawah pimpinan Tan Cheng Lock.

Pak Samad juga terbabit dalaqm pakatan Anti-British League bersama-sama PB Sharma, JJ Putucheary, Devan Nair dan John Eber.

Beliau pernah ditangkap dua kali di Singapura oleh pemerintah British (1946 dan 1951). Ekoran daripada Peristiwa Natrah pada 1951, beliau dipenjarakan di Pulau Sekinchan kerana dituduh sebagai penghasut yang menyebabkan peristiwa perkauman.

Pada 1976, Pak Samad ditangkap lagi, tetapi kali ini oleh kerajaan Malaysia, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh bersimpati dengan komunis.

Beliau dibebaskan pada 1981 oleh pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih pentadbiran daripada Tun Hussein Onn (yang memenjarakan Pak Samad).

Pak Samad turut menyertai rombongan “Malaysia Merdeka” yang pertama ke London (1953). Pembabitan Pak Samad dalam politik secara aktif bermula pada pertengahan dekad 1950-an apabila beliau turut terbabit dalam penubuhan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura pada 1954.

Beliau kemudian menyertai dan memimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) Singapura pada 1958.

Pak Samad menceburi bidang penulisan kreatif sejak zaman pemerintahan Jepun. Cerpen ciptaan awalnya terkumpul dalam antologi seperti Mekar dan Segar (1959) dan Karangan Bunga Dari Selatan (1963).

Cerpen yang ditulis pada dekad 1960-an dan belum pernah tersiar sebelum itu, akhirnya dikumpulkan dalam dua kumpulan persendiriannya yang berjudul Temasya Tinta (1967) dan Mastura (1967).

Antara 1966 hingga 1975, Pak Samad menghasilkan 11 buah novel dan empat buku bimbingan penulis dan wartawan. Antara novel yang dihasilkannya ialah Patah Sayap Terbang Jua (1966), Tembok Tidak Tinggi (1967), Kail Panjang Sejengkal (1967), Detik-Detik Cemas (1969), Hussen Zet (1960) dan Sutinah (1975).

Buku lain termasuklah Mengasah Bakat (1966), Kursus Wartawan (1966), Bimbingan Penulis (1967) dan Memoir A Samad Ismail di Singapura (1993).

Sebagai seorang aktivis bahasa dan budaya, Samad turut menyarankan peningkatan penggunaan bahasa Melayu dan di kemuncak perjuangannya, beliau menyokong penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mula dicetuskan pada 1968.

Selaras dengan perjuangannya dalam bidang sastera, beliau menjadi pengasas Angkatan Sastewawan 50 (Asas 50) di Singapura dan Persatuan Penulis Nasional (Pena) di Kuala Lumpur.

Pada 1971, Pak Samad dilantik sebagai ahli panel Hadiah Karya Sastera anjuran kerajaan. Pada 1974, Pak Samad menerima Anugerah Ramon Magsaysay.

Pada 1976, Kerajaan Malaysia menganugerahkan Hadiah Pejuang Sastera kepada Pak Samad di atas jasa dan sumbangannya dalam bidang penulisan.

Pada 1987, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh UKM, sementara Institut Akhbar Malaysia (IAM) memberikannya gelaran Tokoh Wartawan Negara.

Tan Sri Samad dilantik sebagai Karyawan Tamu selama dua tahun di UKM (1991-1993). Kemudian mulai Oktober 1993, beliau menjadi Karyawan Tamu di Jabatan Penulisan Universiti Malaya.

Sejak 1992, Pak Samad dilantik sbeagai pengerusi Panel Menggubal Dasar Komunikasi Negara. Pada tahun itu beliau dianugerahi darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.-Malaysiakini.

Begitulah sejarah kehidupan Pak Samad yang saya petik dari malaysikini.Semasa riwayatnya Pak Samad banyak memberi khidmat kepada masyarakat terutama kepada negara Malaysia.Begitu besar pengorbanan beliau kepada negara.Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah dan menyambung semangat beliau kepada negara agar pengorbanan beliau tidak sia-sia.Beliau digelar tokoh kewartawanan negara kerana beliau mengabdikan diri untuk menulis perkara yang boleh membangunkan negara.Bukan menulis perkara yang boleh meruntuhkan negara seperti yang dilakukan oleh segelintir warganegara Malaysia yang tidak bertanggungjawab pada masa sekarang (penulis blog/blogger).Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali.Marilah kita sama-sama renung perumpamaan harimau mati meninggalkan belang , manusia mati meningalkan ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp