Dalam bajet 2009 , cukai bagi rokok di naikkan sebanyak RM0.80 bagi setiap kotak.Setiap tahun cukai rokok di naikkan sebagai salah satu usaha kerajaan untuk membuang tabiat merokok dikalangan rakyat Malaysia termasuk saya sendiri.
[ad#advertlets]
Bagi seorang perokok tegar , mereka tidak kisah dengan kenaikan harga rokok.Mungkin ada segelintir yang kisah namun hanya sementara sahaja .Saya percaya , ramai perokok Malaysia yang ingin berhenti merokok.Namun untuk berhenti bukanlah perkara yang senang.Hanya mereka yang mempunyai keazaman yang kuat disamping sokongan orang sekeliling sahaja yang mampu berhenti merokok.
Dengan kehadiran bulan Ramadhan , sepatutnya kita menggunakan bulan ini sebagai salah satu peluang terbaik bagi membuang tabiat merokok.Cuba berfikir dengan rasional , seharian kita dapat menahan diri dari merokok , bermakna kita mampu menahan untuk selama-lamanya.
Sebenarnya cara terbaik berhenti merokok melalui perancangan yang detil dan betul.Terdapat 4 proses yang anda harus lalui untuk berhenti merokok :
Membuat Keputusan berhenti merokok.
Membuat persediaan berhenti merokok.
Mulakan berhenti merokok.
Mengekalkan status tidak merokok.
Tips 10M berhenti merokok:
Melengah-lengahkan.
Menarik nafas panjang.
Minum air banyak.
Menyibukkan diri/membuat sesuatu.
Melakukan senaman regangan.
Mengalihkan perhatian.
Mengunyah sesuatu.
Membasuh tangan.
Mengambil wuduk/mandi.
Memohon doa.
Kredit : http://www.infosihat.gov.my/NafasBaru.html

kalau berhenti merokok secara mengejutkan ada kesan-kesan sampingan x?
berhenti terus je! cara mengejut pun tak per.yg penting will power, how resolute r u 2 quit.