Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Saya Sudah Insaf

Posted on December 11, 2009 by Sabri Ahmad

Seorang penganggur yang cedera parah dibelasah orang awam ketika meragut rantai seorang kanak-kanak berusia lima tahun hujung bulan lalu, menerima pembalasan hari ini apabila dihukum penjara lapan tahun dan sebatan tiga kali.

Hakim Mahkamah Sesyen, Dazuki Ali menjatuhkan hukuman tersebut selepas Mohd. Sapawi Kamaruddin, 28, mengaku melakukan kesalahan itu di Kampung Belimbing Pendek di sini kira-kira pukul 4.15 petang, 28 November lalu.

Mohd. Sapawi yang tidak diwakili peguam bela kelihatan tenang menerima hukuman tersebut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Ketika mengemukakan rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Mohd. Sapawi memohon dikenakan hukuman ringan kerana telah insaf dan berjanji akan bertaubat serta tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

”Saya mohon hakim menjatuhkan hukuman ringan kerana saya telah merasai keperitan ketika dibelasah orang awam semasa melakukan kesalahan itu,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Rehan Mohd. Aris yang mengendalikan pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana menganggap tindakan lelaki itu meragut rantai kanak-kanak tersebut adalah tidak berperikemanusiaan.

”Tindakannya itu boleh menyebabkan kecederaan kepada mangsa malah selepas melakukannya tertuduh bersembunyi selama beberapa jam sebelum dijumpai oleh orang awam,” tegasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

2 thoughts on “Saya Sudah Insaf”

  1. zuwairiaiman says:
    December 13, 2009 at 6:54 pm

    bagusla dah insaf

  2. jezlano says:
    March 13, 2010 at 8:54 pm

    buang yang keruh..ambil yang jernih. itu pun ada can lagi untuk meneruskan kehidupan. kalau dah membunuh jawabnya ke tali gantung. x sempat nak membuat kebajikan lagi. layari laman web insafmalaysia.org. kalau nak bersedekah boleh la kat insafmalaysia ni. jadi volunteer dan lain-lain. peluang anda untuk berbakti kepada org yang lebih memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp