Dunia semakin berubah.Makhluk Allah S.W.T sentiasa berubah.Ibubapa turut serta berubah.Pemimpin turut serta berubah.Cikgu turut serta berubah.Doktor tutur serta berubah.Buruh turut serta berubah.Semuanya berubah termasuk aku sendiri.
Memang telah ditetap oleh Nya , yang bernyawa pasti berubah.Perubahan ini bermula dalam kandungan kemudian dilahir menjadi bayi seterunya digelar remaja , dewasa dan tua.Dalam mengalami proses perubahan , bermacam-mcam dugaan yang memyebabkan kita berubah samada kearah kebaikan atau keburukan.
[ad#advertlets]
Persoalannya mampukah kita menghadapi perubahan jika berbekalkan kelayakan akademik semata-mata.Saya percaya tidak cukup sama sekali.Yang paling penting adalah ajaran islam yang wajib ada dalam diri setiap insan.Ilmu akademik (dunia) dan ilmu islam (akhirat) wajib seiring barulah dinamakan mempunyai kelayakan yang sebenar.
Saya terpanggil untuk mengulas isu berubah bila membaca berita mengenai doktor tampar pesakit.Sepatutnya doktor mengubati pesakit tetapi lain pulak jadinya.Tidak dinafikan ada segelintir doktor yang mempunyai sikap tidak elok.Saya sendiri pernah mengalami masalah dengan doktor dari segi komunikasi.Kita akan jadi lebih sakit bila berkomunikasi dengan doktor yang melontarkan perkataan tidak sepatutnya dalam nada yang kasar.Cadangan saya sepatutnya doktor wajib mempelajari cara berkomunikasi dengan pesakit dan cara menangani karenah pesakit.
PETALING JAYA 18 Ogos — Seorang pakar kulit yang didakwa menampar seorang pesakit ketika memberikan rawatan, digantung daripada melakukan sebarang tugas klinikal sehingga siasatan berhubung kes itu selesai.
Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr. Ikram Shah Ismail berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kes itu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya terhadap doktor itu.
“Kira-kira 10 orang saksi termasuk mangsa, anggota keluarga pesakit dan kakitangan yang berada di tempat kejadian akan dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, doktor itu yang telah berkhidmat selama dua tahun sebagai pakar bedah di PPUM, juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaya (UM) dan tidak memiliki rekod disiplin.-Utusan.
“Kita menjangkakan hasil keputusan siasatan berkenaan siap dalam tempoh seminggu dan kita akan turut memaklumkan kepada pihak UM kerana doktor tersebut adalah salah seorang staf di sana,” katanya.
