Untuk makluman bagi mereka yang belum pernah mengikut isu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ).PPSMI telah dimansuhkan secara berperingkat sehingga 2012 kalau tidak silap saya.Sebelum ini bermacam-macam masalah timbul , disebabkan cadangan kerajaan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Aku tidak pandai mengulas leibh lanjut mengenai isu PPSMI , yang pasti aku tidak berapa setuju.Bukan aku pengkhianat bangsa kerana mengabaikan Bahasa Melayu tetapi bila meilhat kebaiikannya.Mungkin keputusan akademik akan menurun sedikit tetapi lama kelamaan akan menjadi ok….pendapat aku ler…….Aku dapat rasakan bukan sebab PPSMI yang akan menengelamkan Bahasa Melayu tetapi disebakan sikap anak bangsanya sendiri.PPSMI hanya 1% penyumbang kejatuhan Bahasa Melayu.So apa kata anda ?
Isu PPSMI dimansuhkan boleh juga dibaca di blog luthtextile , abib2u dan mungkin anda juga mengulas tentang PPSMI (tinggalkan link anda untuk saya baca ) .

Apa2 pun bagi aku kerajaan sudah membuat keputusan yang paling tepat…apa jadahnya nak pandai BI kena belajar Sains & Maths dalam BI…tak masuk akal…itu lah sikap kita… apa yang TUN cakap semuanya betul…orang lain cakap kurang tepat…fikir-fikir lah…..
Bolehkah kita mempelajari nahu Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu menerusi pengajaran subjek Sains dan Matematik. Adakah memadai mempelajari suatu bahasa hanya di sekolah, iaitu suatu pembelajaran terhenti atau tidak berterusan hingga ke tua? Ikuti pandangan YM. Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid di YouTube (klik di sini)
Yang mana kita perlukan Resolusi Bahasa atau Revolusi Bahasa? Revolusi Bahasa adalah satu ideologi, cadangan dan juga desakan oleh seorang bekas hakim bernama Mokhtar Hj. Mansor menerusi suratnya kepada PM dan menteri-menteri sekitar tahun 1990 yang mendesak supaya pelajaran subjek Sains dan Matematik diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Dakwaannya bahawa pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat melonjakkan prestasi pelajar dalam kedua-dua subjek ini mula mendapat perhatian umum terutama menteri-menteri menerusi bukunya “Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi” (Utusan Malaysia 17 hb Julai 1991).
Sedikit mengenai pembohongan Mokhtar Hj Mansor, sila layari blog ini : http://mokhtarmansor.blogspot.com/.
Soal bohong tak bohong tu aku tak kisah. Masyarakat Melayu mesti menguasai
ilmu matematik dan Sains. Buku teks, rujukan dan apa lagi alat sokongan yang
membolehkan kita [orang Melayu] menguasai Matematik adn Sains pada masa itu
masih lagi dalam Bahasa Inggeris. Inilah fakta dan inti ceritanya. Jadi, untuk menguasai kedua-dua subjek itu secara [short-cut atau jalan pintas]eloklah ianya diajarkan dalam Bahasa dimana ilmu itu didapati.
Sekarang memang sudah ada buku teks serta buku rujukan dalam Bahasa Inggeris. Itu pun belum mencukupi.
Sebenarnya ini bukan soal nahu atau keindahan Bahasa Inggeris. Sekali lagi saya katakan bahawa orang Malaysia selalu emosi salah tempat. Ini bukan kesilapan Tun Mahathir. Pada masa itu, keputusan Tun Mahathir adalah tepat.