Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kisahnya 4 tahun lepas, seorang isteri yang bunuh suaminya dengan cara mencekik leher selepas suaminya menikmati hidangan lauk kari yang di bubuh ubat tidur oleh isterinya sewaktu berbuka puasa..Ish3 dah ler di bulan yang mulia, sanggup si isteri tu membunuh suaminya iaitu seorang pengarah urusan di syarikat kitar semula Reyaz Ahamed Maruf, 39. Apa nak jadi dengan zaman sekarang yeee….Walau apa pun masalahnya, mesti ada jalan penyelesaiannya, tak perlulah sampai nak membunuh. Macamni lah kalau dah tak kuat imannya..
Hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati pada si isteri, aku rasa itulah hukuman yang sewajarnya di jatuhkan ke atas Shamim Bano Mohammed Faroque, 41 dan sepupunya yang sama2 bersubahat iaitu Javeed Akhtar Abdul Waheed, 39.
KUALA LUMPUR 14 Mei – Seorang suri rumah dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh suaminya dengan cara mencekik mangsa sejurus menikmati lauk kari yang dibubuh ubat tidur ketika berbuka puasa, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Zaharah Ibrahim yang bersidang di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Shamim Bano Mohammed Faroque, 41, dan sepupunya, Javeed Akhtar Abdul Waheed, 39.
Berdasarkan pertuduhan pindaan, Shamim Bano dan Javeed Akhtar didakwa membunuh Reyaz Ahamed Maruf, 39, pengarah urusan sebuah syarikat kitar semula plastik.
Mereka dididapati melakukan perbuatan itu antara pukul 10 malam, 7 November 2004 dan 3 pagi, 8 November 2004 di rumah No. 20 Jalan 4/12G, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, Selangor dekat sini.
Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pada 21 November 2008, mahkamah memerintahkan Shamim Bano dan Javeed membela diri atas pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Sepanjang perbicaraan pendakwaan mengemukakan 16 saksi untuk memberi keterangan. Javeed seorang warga India yang bekerja sebagai operator mesin dan Shamim Bano, seorang suri rumah membela diri tanpa mengemukakan keterangan sokongan.
Mayat Reyaz ditemui dalam lubang sedalam empat meter di belakang rumahnya. – Utusan
