Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua sahabat.Sejak kebelakangan ini aku kuran onlline berbanding sebelum ini kerana aku mengalami sedikit gangguan dari “connection internet”.Topik yang aku ingin kongsi dan bertanya pendapat pada sahabat semua mengenai “buat duit sampingan atau pun boleh dijadikan sepenuh masa”.Hari ini ramai dikalangan kita membuat kerja sampingan bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat.

So hari ini aku ingin berkongsi dan ingin mendengar pendapat sahabat semua mengenai salah satu cabang buat duit iaitu pelaburan emas.Kalau sebut sahaja emas mesti terbayang perempuan.Kebanyakkan perempuan memang gilakan emas.Mengapa erk ? Mungkin dengan memakai emas , perempuan akan lebih yakin pada diri sendiri kot.
Baiklah berbalik pada topik asal kita , pelaburan emas fizikal atau pelaburan melalui saham emas?
Pelaburan Emas Fizikal :
Maksud pelaburan emas fizikal adalah kita membeli emas syiling , jokong emas dan menjual atau pun mengadainya.Keuntungan diperolehi apabila nilai emas meningkat.
Pelaburan Saham Emas :
Maksud pelaburan saham emas adalah kita membeli nilai emas melalui bank dan bank akan memberi satu penyata buku akaun dan kita akan berurusan dengan bank samada untuk menjual atau membeli.
So aku harap sahabat yang mempunyai pengalaman mengenai topik ini dapat memberi sedikit sebanyak pendapat atau adakah buku Rahsia Emas dapat menyelesaikan masalah ini.

pernah masuk ASB…then withdraw, pernah jugak join EMPAY etc…semuanya matlamat satu…nak kaya cepat…sudahnya tak kemana pun huhuhuh….mungkin emas fizikal lebih jelas dan berbaloi. Sekarang emas mahal, sesapa yang beli barang kemas zaman dahulu cuba jual zaman sekarang ni mesti mahal punya…..contoh mudah..ko tanya mak atau kakak ko hehehe
betul ler bro…napa gaya kena pergi beli jokong emas ler 🙂
Beli dinar pun ok kot 🙂
sila layari EmasKini – http://emaskini.com
salam,
saya ada emas fizikal(kijang dan dinar)dan juga ada main saham gold spot(forex).klu beli emas fizikal beza dia sangat ketara. cth kijang 1/2oz harga beli 1610 harga jual 1540(lebih kurang). kalau nak jual mesti kena tunggu harga yang bank beli lebih dari harga yg bank jual kat kita.klu tak kita akan rugi. contohnya kita beli hari ni, kita dah rugi dlm rm80 klu kita jual hari ini juga.maknanya klu nak untung biar harga emas betul2 tinggi baru jual.manakala klu melalui buku saham baik ambik pelaburan melalui public bank sebab perbezaan harga jual dan harga beli kurang dr rm5 seunit. tapi bg saya main melalui gold spot(forex) cepat ckit untung dan perbezaan harga agak ckit berdasarkan lot yg kita tetapkan. tapi nak main saham gold spot kena tanggung risiko, klu kita beli dan harga emas semakin naik kita dapat untung dan sebaliknya. melalui saham(forex) kita jual dan beli leh dapat untung.setakat ini saya main gold spot ni leh cepat untung, tapi nak kaya 2 susahla.main untuk tambah pendapatan sampingan, bukan semata2 nak kaya.
salam. singgah ke blog kedai
emas kami ye. tq tuan blog, tumpang laluan k..
spread yang tinggi dan keadaan matawang negara kita yang kadang-kadang tinggi dan kadang-kadang rendah tu la yang menyebabkan pembeli emas lambat dapat untung.Cara lain untuk atasi perkara tersebut adalah meng ar rahnukan saja emas yang kita ada kemudian carilah apa-apa peluang peniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan dari duit tu. Kalau beli dalam bentuk buku, tak leh buat apa-apa la melainkan tunggu sehingga untung baru boleh jual. Sebenarnya banyak lagi cara lain kalau nak dapat keuntungan dari pelaburan emas ini…
Selamat berjaya dan selamat melabur..