Baru-baru ini berlangsungnya Perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di Masjid Negara.Mereka yang tidak menyokong pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara. Aku tidak sokong 100 peratus tindakan mengadakan demontrasi jalanan seperti itu kerana ia boleh mencemarkan imej negara yang selama ini suci bersih dari demontrasi jalanan.Benarkah kerana PPSMI , bahasa Melayu akan hilang ? Jika benar mengapa sebelum PPSMI dilaksanakan pelajar kita tidak mendapat 100 peratus gred A dalam peperiksaan Bahasa Melayu. Bagi aku Bahasa Melayu tidak akan tergugat atau tercalar disebabkan PPSMI.Apa yang penting individu
itu sendiri , tidak salah kita menguasai bahasa bangsa lain asalkan kita tidak lupa akan bahasa bangsa sendiri. p/s : Tulisan ini hanya pendapat aku sendiri tidak kena mengena dengan orang lain.Kita boleh kuasai Bahasa Inggeris
1 thought on “Bantahan PPSMI”