Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Yang Berhormat (YB) atau Yang Tidak Berhormat (YTB)

Posted on October 25, 2008 by Sabri Ahmad

Kadang-kadang terlintas di fikiran aku bila melihat gelagat ahli-ahli parlimen tidak kira dari pihak kerajaan atau pihak pembangkang.Mereka digelar YB tapi percakapan dan perilaku mereka tidak seperti YB.Kalau dah diberi gelaran Yang Berhormat sepatutnya biarlah betul-betul berhormat.

Petikan dari Malaysiakini Karpal Singh Digantung 2 hari.Memang patut pun tindakan seperti itu dilakukan.Umpama masuk rumah orang tetapi tidak menghormati tuan rumah sebaliknya mengata tuan rumah.

[ad#advertlets]

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama dua hari berkuatkuasa serta-merta kerana menuduh Speaker Dewan, Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia main-main dan tidak serius ketika mempengerusikan persidangan dan membuat peraturan.

“Saya gunakan kuasa saya di bawah Peraturan 44(3) kepada Bukit Gelugor, saya gantung dua hari tidak boleh hadir dewan kerana guna perkataan kurang ajar, saya sekarang serius dan tidak main-main,” kata Pandikar Amin.

Ketegangan itu bermula apabila Karpal Singh membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(4) yang mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menghina orang buta ketika menjawab soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) mengenai kos yang dibelanjakan kerajaan untuk jamuan makan malam Majlis Peguam Malaysia April lalu.

Ketika menjawab soalan itu, Mohamed Nazri menyebut: “Butalah jika orang tidak nampak bahawa hubungan Majlis Peguam dengan pentadbiran Perdana Menteri terdahulu agak tidak begitu baik.”

Menurut Bernama, Pandikar Amin kemudian menjelaskan bahawa Mohamed Nazri tidak menghina Orang Kurang Upaya (OKU).

“Saya rayu supaya ahli Yang Berhormat berpegang teguh pada Peraturan Mesyuarat dan elakkan daripada berhujah yang melanggar Peraturan Mesyuarat.

“Bagi saya, saya tidak nampak situ ada Peraturan Mesyuarat dan apabila saya buat (keputusan) maka Wangsa Maju saya arah keluar, ada lagi ahli Yang Berhormat saya suruh keluar,” katanya.

Jawapan Pandikar Amin itu bagaimanapun tidak diterima oleh Karpal dan berkata: “Tuan Speaker, jangan main-main. Tuan Speaker tidak serius dalam perkara ini.”

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian bangkit dan meminta agar Pandikar Amin tidak meneruskan keputusannya untuk menggantung Karpal.

Pandikar Amin berkata beliau akan berkompromi dengan keputusannya itu jika Anwar (PKR-Permatang Pauh) dapat memberi jaminan bahawa pada masa akan datang perkara seperti itu tidak akan berulang.

“Sebelum ini saya enggan menggunakan kuasa saya, kalau ketua pembangkang boleh beri jaminan kepada saya bahawa dalam persidangan akan datang bahawa tuduhan liar selama ini pura-pura saya tidak dengar.

“Berat untuk saya buat keputusan dan tarik balik. Kalau saya dapat sokongan daripada ahli Yang Berhormat bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi,” katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/91804

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp