Sebelum ini saya ada menulis artikel mengenai kenali blogger malaysia.Lanjutan kisah tersebut saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan anda semua mengenai salah seorang penulis blog yang mahir dalam perniagaan internet.
Saya begitu kagum dengan beliau kerana dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan melalui perniagaan internet.Bagi mereka yang bergiat aktif dalam perniagaan internet tentu mengenali saudara Samsul Zamzuri atau lebih dikenali dengan panggilan Alang.Beliau aktif dalam perniagaan internet berunsur web directory , google adsense , affiliate dan sebagainya.
Baru-baru ini beliau telah menukar nama blog beliau dari szab/blog kepada samsulzamzuri.com.Saya percaya tindakan beliau amat wajar kerana nama blog tersebut lebih sesuai berbanding szab/blog.
Mungkin dalam sedikit masa lagi saya akan cuba untuk meneruramah beliau.Jika temuramah tersebut berjaya , saya akan tulis dengan lebih detil mengenai beliau.Untuk melihat sendiri blog saudara alang boleh layari dengan klik disini.
