Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Wang Tebusan Berupa 10 Ketul Emas

Posted on March 10, 2011 by Sabri Ahmad

KLANG9 Mac – Polis berjaya memberkas kumpulan penculik yang diketuai seorang bekas pramugara kira-kira 15 minit selepas mereka menerima wang tebusan berupa 10 ketul emas bernilai RM1.44 juta dalam dua serbuan berasingan di bandar ini awal pagi ini.

Serbuan pertama yang melibatkan penahanan dua penculik dilakukan di Jalan Pos Baru di sini kira-kira pukul 1 pagi dan enam jam selepas itu tiga rakan jenayah mereka diberkas di Taman Sentosa.

Terdahulu, polis menyelamatkan seorang pengarah sebuah syarikat sekuriti berusia 62 tahun yang diculik kumpulan itu sejak Isnin lalu di lokasi dirahsiakan pada pukul 12.45 tengah malam iaitu kira-kira 48 jam selepas dia diculik.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pengarah syarikat terlibat yang menghidap penyakit kencing manis diculik di belakang sebuah restoran di Persiaran Raja Muda, Pelabuhan Klang di sini pada Isnin lalu.

Beliau berkata, selepas menculik mangsa, kumpulan penjenayah itu meminta 10 kilogram emas sebagai bayaran tebusan.

Menurut beliau, pihaknya yang menerima laporan berhubung kejadian telah menubuhkan pasukan khas dan berjaya memberkas mereka selepas bayaran tebusan diberi.

“Ketika diberkas kumpulan penculik itu menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang ditampal pelekat Unit K-9 dan sebuah motosikal jenis Kawasaki.

“Kesemua penculik, terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan yang pernah bertugas sebagai pramugara selama 13 tahun dan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Nepal.

“Kita juga menemui semula 10 ketul emas di dalam kenderaan pacuan empat roda berkenaan,” kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini petang ini.

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah yang mengetuai serbuan dan Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof.

Tun Hisan turut menunjukkan 10 ketul emas yang dirampas selain kenderaan pacuan empat roda dan motosikal Kawasaki milik penculik, lima unit telefon bimbit, wang tunai RM45, topeng ski dan ‘teaser gun’.

Tambah beliau lagi, semasa soal siasat dibuat, ada di antara penculik mengaku sebagai pelatih anjing tetapi siasatan yang dibuat mendapati mereka menipu.

“Kita juga mendapati kenderaan pacuan empat roda yang digunakan didaftarkan atas nama isteri salah seorang penculik,” katanya sambil memberitahu kesemua penculik berusia 30-an ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta culik 1961.Katanya, kesemua mereka juga direman selama seminggu bermula hari ini. – Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Wang Tebusan Berupa 10 Ketul Emas”

  1. nizam77 says:
    March 12, 2011 at 12:30 am

    salam,

    10 ketul emas dah rm1.44 juta…fuh, kurang-kurang seketul tu dan 1kg….
    anyway, berhati-hati selalu, sambil berniaga emas, bacalah ayat pendinding yg pernah saya diijazahkan oleh seorang pengamal darussyifa’ di johor

    ayatul kursi
    al fatihah
    surah al muawwizat ( 3 qul )
    al fil
    …….insyaallah berhasil jika diamalkan selalu

  2. mohd80 says:
    March 21, 2011 at 2:21 pm

    10 ketul emas 10kg, macam cite indiana jones pulak
    http://goldroyalmint.blogspot.com
    Kena kumpul 236 dinar baru dapat 1kg. Lamenya nak tercapai
    Dinar Kulim untuk colector & investor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme