Salam semua…hari ini dalam sejarah…..Wajarkah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan.Selama 49 tahun undang-undang ini dilaksanakan.Hari ini pihak-pihak berkenaan ingin menghapuskannya dari bumi Malaysia.Wajarkah…..wajarkah….bagi aku isu keselamatan negara tidak boleh di politik kan….kerana politik sekarang sudah banyak terpesong dari laluan sebenar.Mengapa ingin dihapuskan ? Mengapa ingin diteruskan….kedua-duanya mempunyai alasan tersendiri.Bagi aku , apa yang baik harus diteruskan , apa yang cacat diperbaiki.Zalim ke ISA seperti kerajaan US ?

Polis menutup semua jalan menuju ke Istana Negara menjelang berlangsungnya dua perhimpunan – pro dan anti-ISA – yang dijadual bermula jam 2 petang ini.Di hadapan Istana negara – yang biasanya dipenuh bas-bas yang membawa pelancong- – pagi ini kelihatan barisan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) termasuk trak meriam air di tempat di situ.Istana Negara menjadi destinasi kedua-dua perhimpunan tersebut untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.Pada mulanya, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) merancang untuk menghimpunkan 100,000 untuk berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut, meminta Yang di-Pertuan Agong mendesak kerajaan supaya memansuhkan ISA.Undang-undang yang berusia 49 tahun itu digubal untuk membasmikan ancaman komunis tetapi para pengkritiknya mendakwa ia kini disalahgunakan untuk menahan penentang kerajaan tanpa bicara.
GMI turut disertai parti-parti pembangkang – PKR, PAS dan DAP. semalam PAS meminta ahli-ahlinya supaya menyertai perhimpunan hari ini.Pemimpin Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang – yang dua kali ditahan di bawah ISA – akan mengetuai protes hari ini bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Manakala Majlis Pemuafakatan Ummah (Pewaris) pula merancang mengadakan perhimpunan pro-ISA, kecuali jika GMI membatalkan perhimpunannya.Penyokong Pewaris akan memakai baju berwarna putih manakala penyokong GMI pula akan memakai baju berwarna hitam dan merah.
Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perhimpunan anti-ISA esok tidak membawa sebarang kebaikan kerana kerajaan telah mengambil pendirian untuk mengkaji semula akta tersebut.”Saya telah umumkan perkara ini bila saya ambil tampuk kepimpinan (negara), bahawa ISA akan dikaji semula dan kita dalam proses ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini.Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat memberi cadangan dan idea yang bernas mengenai bagaimana hendak memperbaiki undang-undang tersebut.”Kita dalam proses membuat perbincangan untuk mendapatkan maklum balas rakyat. Buat apa kita buat demonstrasi. “Demonstrasi tidak menghuraikan apa-apa untuk dipertimbangkan oleh kerajaan. Pindaan ISA ini tidak harus dipolitikkan. – Malaysiakini.
Kenyataan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia – S. Arutchelvan
49 tahun yang lalu, pada 1hb. Ogos 1960, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah digubal di Parlimen Malaya oleh Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC.Akta zalim ini telah digunakan oleh semua Perdana Menteri Malaysia, dari Tengku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Najib Razak. Ia telah digunakan terhadap semua kaum dan agama di negara ini. Ia berjaya membenteras gerakan mahasiswa, gerakan pekerja dan gerakan reformasi. Ia berjaya memenjarakan pemimpin politik pelbagai aliran dan idelogi politik.Ia adalah senjata yang paling berbisa dimiliki oleh Parti Perikatan dulu dan Barisan Nasional sekarang untuk menentang hak demokrasi dan kebebasan rakyat.Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru segala ahli parti dan barisan fron parti untuk turun beramai-ramai untuk menuntut akta zalim ISA dibubarkan, Kem kamunting ditutup dan tahanan dibebaskan. Jadikan 1 Ogos, sebagai tarikh memprotes akta yang maha zalim ini.Hak berhimpun secara aman adalah hak demokrasi rakyat Malaysia dan PSM menyeru pihak polis untuk menghormati hak ini dan tidak membuat sebarang tindakan untuk mencabul hak ini.Cukup sudah kesengsaraan ISA! Marilah kita sama-sama menguburkan akta zalim ini.

walaweiii theme baru eh. i like ! hehe 🙂
yup…tapi kurang CEO – teruk btul tgk dlm TV pasal perhimpunan tu…eshhhh tak suka ler mcm tu
tu la kan. benci la roadblock2 neh semua
susah la nak masuk kl kan
dah la ada pc fair
betul bro….patut kalau nak wak perhimpunan ni..wak dalam stadium jer….jgn wak atas jalan…ngusahkan org jer
salam..bagi saya ISA ni ade pro n kons.saya mbenarkan kpentingan ISA tapi dalam masa yang sama terkeliru dengan dakwaan negatif yang selalu di laungkan oleh sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan.Rata-rata kalau di nilai isu penyalahgunaan kuasa veto ISA ini hanya makin hebat diperkatakan sejak kebelakangan ini,apabila rakyat diberi ruang bersuara.Kenapa sebelum ini, tida dipersoalakan isu ini.Adakah kerana sebelum ini ISA tidak disalahgunakan atau mungkin suara rakyat Malaysia disekat atau mungkin juga apabila terlalu banyak ruang bersuara diberi laluan oleh kerajaan maka makin ramai yang berani bersuara menggunakan ruang dengan cara menghentam balik kerajaan? Hanya kebelakangan ini ramai yang mendakwa ISA telah disalah gunakan untuk tujuan politik, tapi bukankah itu semua perlu untuk menjamin kedudukan yang semakin tidak stabil di era demokrasi ini? Prosedur perundangan penahanan di Malaysia memerlukan masa yang lama untuk menahan seseorang kecuali dengan cara ISA..cara ini nampak kejam tapi cara inilah yang paling berkesan untuk keselamatan sejagat..