Salam sahabatku semua.Semua orang sudah mengetahui tentang blog aku mengenai komputer dan internet iaitu Kongsiblog.Org sudah pun dijadikan arkib negara.Aku akan meneruskan khidmat masyarakat aku di buletinpc.com.Aku ingin bertanya pada sahabat semua , adakah aku patut membiarkan Kongsiblog.Org atau pun menjualnya kerana ada yang ingin membelinya dan berapakah nilai yang patut aku letakkan.
Berbalik pada tajuk asal ,terima kasih ini aku tujukan khas pada saudara Ady kerana membantu aku update buletinpc.com.Bagi aku menjadi seorang blogger bukan kerja mudah , lebih-lebih lagi menghasilkan artikel yang berkualiti dan berilmiah.Memang banyak ilmu komputer dan internet yang aku ingin kongsikan di buletinpc.com tapi kadang-kadang ilmu tersebut susah untuk diluahkan dalam bentuk artikel.Mungkin keadaan ini berlaku hanya sementara sahaja.
Kalau sahabat semua ada ilmu mengenai komputer , internet dan teknologi semasa bolehlah kongsi dengan orang lain di buletinpc.com.Percayalah ilmu anda tidak akan habis malah semakin bertambah.

Kalau nak jual biarlah untung. Tu je kaedah utama.
Betul tu, nak jadi seorang blogger yg berjaya kena banyak bersabar.. bukan senang nak berjaya.
banyak bersabar n jangan putus asa.pasti suatu hari akan berjaya