Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Memang kita semua sedia maklum yang kebanyakan kes penderaan amah di Malaysia ini di sebabkan oleh majikan yang bukan beragama Islam. Aku sendiri sudah dengar banyak cerita dan pernah melihat penderaan ini sewaktu aku melawat rumah sepupu di Pulau Pinang satu ketika dulu..Amah (beragama Islam) yang bekerja dengan majikan cina iaitu jiran sepupuku itu dipaksa makan sisa makanan dari keluarga tersebut, amah itu juga di paksa memandikan anjing, binatang yang haram untuk kita umat Islam menyentuhnya, dan macam2 lagi cara penderaan di buat. Wajarkah perkara macam gini berlaku??
Seperti kes penderaan yang terbaru yang di war-warkan di kaca tv, amah itu di dera dengan bermacam cara yang cukup kejam, malah di paksa juga memakan daging babi. Aku dengar pun sakit hati, kenapa la kejam sangat mereka ni yee.. Aku 100% tak setuju amah beragama Islam di tempatkan dengan majikan yang bukan Islam.
Pengerusi Persatuan Bocehe Dewe (perkumpulan anak muda sahaja) , Ambar Setiowibowo telah menyarankan kepada kerajaan Malaysia dan agensi-agensi yang berkaitan supaya menempatkan amah Indonesia dengan majikan yang beragama Islam supaya masalah penderaan dapat di atasi. Aku amat2 bersetuju dengan saranan ini. Kalau amah tu beragama Islam, tempatkanlah dengan majikan Islam. Agensi-agensi berkaitan di harap biar ada rasa tanggungjawab sosial la. Jangan nak kira untung jer, tapi tak semua majikan yang bukan beragama Islam melakukan penderaan pada amah mereka.
“Jika tidak ditempatkan begitu, harus ada syarat supaya pembantu dibenarkan membuat ibadah seperti solat dan puasa dan tidak disuruh membuat sesuatu yang bertentangan dengan akidah,” kata Ambar.
Sumber: utusan
Slm
Sy teruja dan amat setuju dgn cadangan yg baik tapi yg tak fahamnya ialah agen2 amah tu pentingkan keuntungan aje.
Langsung mereka tak fikir tentang Islam janji masuuuk
tq