Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Tambang Naik Berikutan Peningkatan Kos Operasi !

Posted on July 17, 2009 by Sabri Ahmad

Kadar tambang lapan pengangkutan awam meningkat antara 2 sen hingga RM6.33 di Semenanjung, manakala di Sabah (2 sen hingga RM31.70) dan Sarawak (1.2 sen hingga RM2), berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Kenaikan itu diluluskan Kabinet pada 17 Jun lalu berikutan peningkatan kos operasi perkhidmatan berkenaan. Kali terakhir kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan kereta sewa dinaikkan pada Mei 2005, manakala bas sekolah pada April 2006.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, ketika mengumumkannya semalam, berkata Kabinet juga menggariskan beberapa langkah penambahbaikan industri pengangkutan awam agar seiring dengan kenaikan tambang itu.

Antaranya:

# Pemberian diskaun 50 peratus untuk orang kurang upaya dan warga tua berumur 60 tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan bas berhenti-henti, manakala 25 peratus bagi bas ekspres.

# Kadar tambang bas ekspres di Sabah dan Sarawak diseragamkan.

# Pengusaha bas ekspres diwajib mematuhi syarat pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer atau empat jam.

# Menghapuskan kategori bas ekspres tanpa hawa dingin.

# Memperluaskan perkhidmatan bas mini di kawasan desa yang diperlukan.

# Mempertingkatkan program latihan bagi membangunkan nilai etika perkhidmatan dan kemahiran pemanduan melalui penubuhan Institut Latihan Pengangkutan Awam Malaysia.

# Mempamerkan jadual tambang dalam setiap kenderaan pengangkutan awam.

# Menyenaraihitamkan pemandu yang terbabit dalam kemalangan maut dan yang dipecat kerana melakukan kesalahan melanggar undang-undang.

# Mewujudkan Bank Data Pemandu bagi memudahkan pengusaha membuat semakan rekod pemandu.

# Mengkaji penetapan gaji minimum untuk pemandu.

# Mengkaji pemasangan pengikat kelajuan bas pada had tertentu.

Pada sidang akhbar selepas menyampaikan surat tawaran kelulusan Fasa 3 kepada 831 pemandu teksi di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, Mohamed Nazri yakin rakyat tidak terkejut dengan kenaikan tambang itu kerana ia sudah diwar-warkan lebih dua bulan lalu.

“Mereka sudah tahu. Pada masa itu, sudah tentu pandangan diberikan dan akhirnya kita umumkan,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan kadar tambang bas ekspres dan berhenti-henti sebanyak 30 peratus juga bukan kenaikan baru, sebaliknya dirasionalisasikan dengan kadar tambang tambahan semasa atau surcaj yang diluluskan sebelum ini.

Mohamed Nazri berkata, penentuan kadar tambang itu mengambil kira inisiatif serta subsidi diberikan kerajaan, di samping mengimbangi kepentingan pengusaha dan pengguna agar kenaikannya tidak membebankan.

“Kadar tambang baru adalah had kadar maksimum (siling) dan pengusaha pengangkutan awam dibenar untuk mengenakan tambang lebih rendah daripada kadar ditetapkan. Bagi tujuan kemudahan dalam operasi perkhidmatan bas, teksi dan kereta sewa, kadar tambang akan digenapkan kepada nilai RM0.10 terdekat.

Kenaikan itu membabitkan 32,921 teksi, bas sekolah (16,343), kereta sewa (19,128), bas berhenti-henti (9,061), bas ekspres (4,998), bas mini (3,168), teksi lapangan terbang (2,814) dan bas pengantara (195).

Beliau berkata, tambang bas ekspres di seluruh negara bagi kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun dinaikkan daripada 50 peratus kepada 75 peratus berbanding kadar tambang yang ditetapkan, manakala bas sekolah berhawa dingin di Semenanjung dan Sabah dibenar mengenakan tambahan tambang 30 peratus.

Bagi teksi dan kereta sewa di Semenanjung pula, perkhidmatan antara 12 tengah malam dan 6 pagi dikenakan caj tambahan 50 peratus ke atas kadar yang ditetapkan, manakala tambahan RM2 untuk sewaan melalui telefon.

Penumpang teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Terminal Tambang Murah juga dikenakan caj tambahan RM12, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang (RM7), manakala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah Subang dimansuhkan.

Caj penumpang melebihi dua orang, bagasi yang diletakkan dalam but kenderaan dan tiga kanak-kanak bawah umur 12 tahun juga dimansuhkan.

Mohamed Nazri berkata, kaliberasi meter teksi mengikut kadar baru itu boleh dilakukan sehingga Disember depan dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) memberi diskaun pemeriksaan khas dengan bayaran hanya RM10 berbanding RM50 sebelum ini.

Beliau juga meminta pengguna yang ingin membuat aduan terhadap pemandu atau pengusaha pengangkutan awam, melakukannya secara bertulis kepada beliau atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan bukan melalui telefon bagi memudahkan siasatan. – Sumber Berita Harian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

1 thought on “Tambang Naik Berikutan Peningkatan Kos Operasi !”

  1. etomyam says:
    July 18, 2009 at 3:00 am

    huk alah…..semua naik..gaji ajer yg lambat nak naik huhuhu…btw cantik n kemas theme baru ni..syabas bro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp