Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Tahniah Buat Kerajaan Negeri Kelantan dan Pusat

Posted on August 13, 2008 by Sabri Ahmad

Pada 12 Ogos 2008 berlangsungnya majlis penyerahan Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri Kelantan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.Tahniah buat kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat.Inilah yang sepatutnya dilakukan kerana kita sebuah negara Islam.Kita mesti meletak Islam itu lebih tinggi dari segala-galanya.

Perjanjian Persefahaman (MoU) Pendaftaran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) antara kerajaan persekutuan dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK) berlangsung di Balai Islam di Kota Bharu.MoU itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang yang mewakili Kerajaan Persekutuan manakala YIK diwakili Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

Menurut laporan Bernama, majlis tersebut disaksikan oleh Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Berucap di majlis tersebut, Menteri Besar Kelantan pula berkata, beliau gembira kerana kerajaan pusat bersetuju dengan beberapa syarat seperti mengekalkan pengetua dan penolong pengetua serta masa depan guru SAR dan SAN terjamin.
Selain itu, kerajaan pusat juga katanya bersetuju untuk menerima pakai sistem pendidikan Islam yang diterapkan oleh YIK sebelum ini.

“Tanggapan mengatakan kerajaan pusat mahu membunuh sistem pendidikan agama dan untuk meminggirkan peluang pendidikan anak-anak tempatan adalah tidak berasas sama sekali dan hari ini adalah buktinya untuk memartabatkan pendidikan Islam di negara ini,” katanya.Menurutnya, kerajaan sebenarnya tidak berhasrat untuk mengambil alih SAR tetapi hanya mengambil alih tanggungjawab mengurus sekolah tersebut dengan baik.

Katanya guru akan mendapat peluang kenaikan pangkat dan gaji yang sama dengan guru sekolah yang lain dan kerajaan memberi jaminan pelajarnya berpeluang mendapat biasiswa, bantuan makanan, bantuan buku teks dan bantuan lain sepertimana sekolah bantuan kerajaan yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp