Semalam negara kita kehilangan seorang lagi seniman tersohor.Permergian arwah satu kehilangan besar dalam dunia hiburan tahanair.Saya begitu kagum dengan lakonan arwah serta pelakon seangkatan zamannya.Sebagai seorang peminat setia filem Melayu.Apa yang saya ingin utarakan disini mengenai kualiti dan kesan filem Melayu dahulu dengan sekarang.Kalau filem Melayu dahulu lebih kepada unsur nasihat,pengajaran dan pedoman manakala bagi filem Melayu sekarang lebih kepada hiburan kosong.Kalau ada filem yang berunsur nasihat,pengajaran dan pedoman mengatasi hiburan kosong pasti filem tersebut terpinggir.
[ad#advertlets]
Adakah filem Melayu sekarang kurang kualiti ? Adakah sikap orang Melayu sendiri yang tidak suka menonton filem Melayu ? Adakah sikap media masa yang terlampau mencari keuntungan ? Saya bukan mencari salah siapa , namun sekadar meluahkan pandangan saya mengenai filem Melayu sekarang.Sebagai contoh , saya hairan mengapa saya tidak pernah jemu menonton filem Melayu dahulu ( walaupun beratus kali menontonnnya).Saya hairan mengapa mudah jemu melihat filem sekarang (cukup setakat satu kali menontonnya).Kalau filem dahulu boleh diminati sehingga sekarang , mampukah filem sekarang diminati pada masa akan datang ?. Marilah kita sama-sama memertabatkan dan memperbaiki filem Melayu ke tahap dunia.
Berikut adalah petikan akhbar online mengenai kematian seniman tersohor tanahair.Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah , semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Amin
KUALA LUMPUR – Seniman yang popular dengan watak Dr. Ismadi menerusi filem Ibu Mertuaku, Datuk Ahmad Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ahmad Mahmud , 85, meninggal dunia malam tadi akibat penyakit buah pinggang.
Anaknya, Rogayah berkata, seniman tersohor itu meninggal dunia pada pukul 10 malam di rumah keluarganya di Kampung Tunku di sini.
Beliau berkata, Ahmad Mahmud menerima rawatan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar sejak 22 Julai lepas sebelum dibawa pulang ke rumahnya.
“Beliau menghidap penyakit buah pinggang sejak tujuh tahun lepas dan baru sepuluh hari berada di rumah selepas dirawat di Pusat Perubatan Pantai,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Hadijah Mohamad, tiga orang anak dan sembilan cucu.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, hari ini.
Ahmad Mahmud, anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan itu memulakan kerjayanya seawal tahun 1951 sebagai pelakon utama dalam filem Matahari.
Dengan memiliki wajah yang tampan, Ahmad Mahmud pernah memegang watak sebagai Hang Jebat dalam filem Hang Tuah pada tahun 1956 bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Sehingga kini, Ahmad Mahmud telah berlakon dalam lebih 20 filem, antaranya Istana Impian, Hang Tuah, Ibu Mentuaku, Dayang Senandung, Isi Neraka, Raja Bersiong dan Lela Manja. – Bernama/Kosmo
