Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu.Moga hari ini memberi lebih kebahagian dan kejayaan di dunia dan akhirat.Setiap dari kita mempunyai perjalanan hidup yang tersendiri.Tidak kira corak perjalanan yang kita tempuhi yang pasti ada jalan yang benar dan jalan yang salah. Jalan yang mana yang kita turuti bergantung pada diri sendiri.Walaupun kadang-kadang kita tersalah memilih jalan , jadikan ia sebagai pedoman untuk lebih berhati-hati.Berbalik kepada isu kita pada hari ini “semua tidak jadi”. Apa yang dimaksudkan dengan “semua tidak jadi”.Sebagai contoh dalam dunia blogging.Orang kecoh memiliki blog sendiri dan berbayar.Tapi buat separuh jalan terus kecundang.Orang kecoh buat duit melalui internet.Tapi buat separuh jalan terus kecundang kerana tidak mendatangkan hasil.Orang lain kecoh menghasilkan ebook , kita kecoh nak buat jugak.Orang lain kecoh
…….. kita pun kecoh……..tapi orang lain dapat hasil , kita dapat zero. So bagi memastikan kita bukan dari golongan “semua tidak jadi” , rancang setiap apa yang anda ingin lakukan dari A hingga Z. p/s : Artikel ini dituju kepada diri saya sendiri dan mereka yang berkenaan.Sekian dari pakar motivasi 🙂
