Salam sahabatku semua….apa khabar semua ? harap-harap sihat semua , almaklum ler sekarang ni musim virus H1N1.Tiap-tiap hari kita mendengar kematian disebabkan virus H1N1.Baiklah berbalik pada topik kita pada hari ini mengenai semangat kerjasama blogger melayu.Sedikit kekecewaan timbul bila melihat semangat kerjasama blogger melayu.
BloggerMelayu.Com merupakan satu webblog direktori.Walaupun BloggerMelayu.Com bukan hak milik hakiki aku tapi aku yang berkerja siang dan malam bagi memastikan BloggerMelayu.Com terus maju dan kekal di arena internet.BloggerMelayu.Com mempunyai matlamat yang jauh ke depan.Bila tiba saat itu , kita semua akan menikmatinya.Mungkin saat ini BloggerMelayu.Com tidak mampu memberi apa-apa keuntungan kepada anda tapi tidak mustahil satu hari , membawa keuntungan kepada anda semua.
Walaupun BloggerMelayu.Com baru berusia lebih kurang 4 bulan , tahap pencapaiannya amat membanggakan.Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua blogger melayu yang menyokong.Namun disebaliknya ada sedikit kekecewaan:
Susah sangat ke arahan ini sehingga ramai tidak mengikuti arahan yang diberi : Jika susah beritahu dan aku akan usahakan untuk permudahkan.
Blogger Melayu hanya menerima website blog sahaja – Walaupun syarat ini merupakan syarat pertama namun masih ada yang “submit” website.
Sebelum anda mengisi borang dibawah pastikan anda daftarkan diri sebagai seorang Blogger Melayu ( email pengesahan akan dihantar ke email anda ) – Boleh dikatakan 95% mematuhi syarat ini.
Isi maklumat mengenai blog anda diruangan yang disediakan – Ramai yang mengisi sekadar “lepas batuk ditangga”.Maklumat ini penting bagi memastikan blog anda cepat di senaraikan di enjin carian.
Akihr sekali , pastikan anda letak banner Blogger Melayu di blog anda – Paling ramai tidak mematuhinya namun aku tetap senaraikan blog tersebut kerana………
Persoalan bagi aku sekarang , mengapa ramai yang tidak gemar letak banner/link Blogger Melayu ? Mengapa masih ramai yang “submit” walaupun ternyata website tersebut bukan blog.Persoalan ini anda boleh jawab di blog masing-masing , mungkin Kak Jie , Knizam dan semua sahabat blogger lain.

“mengapa ramai yang tidak gemar letak banner/link Blogger Melayu ?”
dah terbiasa kot…kan dah slalu org terlupa ucap “thank you / terima kasih”…
tu ler pasal….kadang-kadang letih sangat dok asyik dellete email yang orang submit tapi submit link affiliate…..fuhhhhh.
faisal-hubungi aku melalui ym k
Kak Jie blogger matang..tahu apa yg patut dan tak patut dilakukan…
what you give, you get back!
terimakasih……….
sebenarnya……..Kak Jie tak tahu pun siapa pemilik bloggermelayu.com tu…
bloggermelayu.com tu member kita punya tapi kita banyak membantu
hmmm..semangat sbg anak melayu haruslah mekar dlm blog orang-orang melayu..